TIPS UNTUK KEKAL POSITIF KETIKA "LOCKDOWN"


Kita masih dalam tempoh memerangi wabak covid 19 yang semakin hari semakin merisaukan. Tapi jangan kita hanya risau tapi tidak menjalankan tanggungjawab dalam penjagaan SOP yang telah diperketatkan.


Kita tahu ada segelintir masyarakat yang mungkin semasa pandemik Covid-19 ini, perasaan resah dan gelisah adalah sesuatu yang normal.

Walaubagaimanapun, kita mestilah menjaga kesihatan fizikal dan juga mental kita. Ikuti tips dibawah untuk membantu anda kekal positif.


FIZIKAL

1. Rehat:

Tidur yang mencukupi penting untuk menjaga kesihatan fizikal dan sistem imun. Dapatkan rehat yang cukup dan pastikan anda tidak berjaga hingga lewat malam kerana menonton siri tv atau filem kegemaran anda.


2. Ambil angin:

Jika boleh, luangkan masa di luar rumah dengan berjalan-jalan di taman terdekat. Perubahan pemandangan boleh membantu tetapi jangan lupa memakai DOUBLE MASK ok!


3. Cari hobi baru

Kadang kala kita dah lama sangat duduk rumah sampai dah tak tahu nak buat apa. Ini lah masanya untuk kita cari hobi baru seperti painting, menanam/ membeli pokok pokok kecil untuk dijadikan hiasan, cuba resepi baru dan banyak lagi. Anda pasti akan berasa excited untuk mencuba benda baru.


4. Perbanyakan melakukan ibadah:

Mungkin sebelum ni kita semua busy bekerja sampai tak sempat nak perbanyakkan ibadah. Kita habis terlalu banyak masa dengan bekerja. Di waktu lockdown inilah kita boleh ambil kesempatan untuk belajar mengaji, lakukan solat sunat dan juga belajar tentang agama. Insyaallah kita akan berasa lebih tenang dan juga sukar untuk berasa negatif.

MENTAL

1. Hiburkan diri:

Mendengar muzik adalah salah satu cara yang baik untuk menghiburkan diri! Mainkan lagu kegemaran untuk menceriakan mood anda atau dengar podcast dan anda mungkin akan mempelajari sesuatu yang baru!


2. Nyahaktif:

Berita buruk boleh merungsingkan fikiran anda. Oleh itu, matikan telefon pintar atau TV untuk seketika bagi melakukan digital detox. Sebaliknya, lakukan aktiviti yang anda gemari seperti membaca buku, beriadah ataupun berkebun.


3. Berhubung:

Penjarakan sosial boleh membuat anda berasa sunyi dan terasing. Di samping menghantar mesej, hubungilah orang tersayang anda untuk bertanya khabar ataupun berborak. Ianya baik untuk kesihatan mental anda.


4. Meditasi:

Berehatlah seketika untuk bermeditasi bagi mengurangkan stress. Senaman pernafasan juga baik untuk menangani perasaan resah. Anda juga boleh refer kepada Youtube kerana banyak konten yang dapat membantu anda.


NUTRISI


1. Kekal Hidrat:

Minumlah air dengan secukupnya untuk kekal hidrat. Kurangkan pengambilan kafein. Sebagai alternatif, minumlah teh!


2. Diet seimbang:

Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam pemakanan anda untuk diet yang seimbang. Sukakan snek? Pastikan anda kawal pengambilannya.


3. Memperkaya:

Selain diet yang seimbang, ambil makanan tambahan seperti vitamin untuk memperkuatkan lagi sistem imun anda.






63 views0 comments