TIPS PENJAGAAN DIRI KETIKA COVID-19


PENYAKIT paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak COVID-19 yang mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun lalu.

Namun, penyakit ini mula menjadi isu paling serius di negara ini ekoran gelombang keduanya yang turut mencatatkan dua kematian pada hari 17 Mac lalu.

Disebabkan kritikalnya wabak itu, kerajaan mengambil tindakan dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun, tanpa memahami tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan, ia ‘disalah guna’ apabila ada menganggap ianya hanyalah peraturan yang boleh dilanggar sesukahati sahaja.

Namun, dimanakah peranan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat bagi membantu dalam membasmi penularan wabak COVID-19 ini?

Mahukah kita menjadi rakyat prihatin? Mudah sahaja, ikuti saranan yang berikut;


1. Lakukan saringan


Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang ditetapkan

2. Kuarantin diri

Sekiranya anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif covid anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut.

3. Memakai topeng muka

Anda digalakkan memakai topeng muka secara 2 lapis ketika ini sekiranya mempunyai urusan penting diluar. Bagi mengurangkan risiko jangkitan

4. Stay at home

Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar.

5. Tingkatkan kebersihan diri

Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan untuk membasmi virus.

6. Jaga jarak antara 1 meter

Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan melakukan senaman ringkas di dalam rumah. Ambil makanan atau minuman tambahan yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan disaat kritikal ini.


Jus Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.


Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.


Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store


MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


35 views0 comments

Recent Posts

See All