TIPS CARA MENJAGA KEBERSIHAN & KESIHATAN DIRI


Menguruskan kebersihan adalah sangat penting disaat dunia dilanda pandemik ini. Ia juga menghalang dari penyakit-penyakit dari tersebar dan berjangkit. Dalam waktu yang sama ia juga penting dalam kentrampilan diri agar sentiasa kelihatan sihat dan segar.


Mengambil langkah berjaga-jaga boleh membantu anda mengelak daripada sakit dan menyebarkan penyakit kepada mereka yang berada di sekeliling anda.


Jom kita baca tentang cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri ;


1. Wajib mandi setiap pagi - Ini adalah cara terbaik untuk menbuang segala kotoran, peluh dan kuman yang terkumpul di anggota badan anda. Selain itu dengan mandi setiap hari akan dapat membantu anda kelihatan dan berbau segar.


2. Memilih pencuci muka harian yang bersesuaian - Kulit wajah adalah bahagian kulit yang lebih sensitif berbanding badan yang lain. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif sila dapatkan nasihat dari doktor pakar terlebih dahulu untuk penggunaan bahan pencuci yang bersesuaian.


3. Menggosok gigi pada setiap pagi dan malam - Menggosok gigi dengan kerap dan kena pada waktunya akan membantu dalam pengurangan dalam terhasilnya plak, penyakit gusi. Ia sangat penting kerana dalam harian kita memakan berbagai jenis makanan.


4. Memakai deodorant - Membantu mengawal peluh berlebihan dan mampu mengawal bau badan yang tidak disenangi dari peluh.Jika anda tidak sesuai dalam pemakaian deodorant kerap membasuh bawah lengan anda dengan air bersih.


5. Membasuh pakaian selepas memakai - Secara umumnya pakaian harus dibasuh selepas memakainya. Gunakan pertimbangan terbaik anda untuk menentukan seberapa kerap anda membasuh pakaian.


6. Basuh tangan dengan kerap - Kebersihan yang paling asas adalah membasuh tangan. Tangan yang anda fikir bersih itu mungkin boleh menjadi medium bakteria dan akan tersebar hanya disebabkan anda tidak membasuh tangan dengan betul.


7. Keringkan kaki ketika basah - Mempunyai kulat yang aktif dan boleh membiak di permukaan lembap. Jadi selain dari memastikan kaki anda dalam keadaan kering pastikan juga kaki anda dalam keadaan bersih.


8. Tukar cadar tilam dengan lebih kerap - Kenapa perlu menukar cadar dengan lebih kerap kerana di atas cadar yang digunakan dipenuhi dengan sel kulit mati, air liur, minyak badan. Pastinya geli kan? Jika kita baring pastinya akan berisiko mempunyai jerawat kerana kulit muka sangat sensitif. Apatah lagi mungkin juga akan mempunyai jerawat jerawat badan kerana permukaan katil yang tidak bersih!


9. Potong kuku kaki tangan dengan kerap - Kuku yang pendek tidak dapat memerangkapkan kotoran seperti kuku yang panjang. Berapa kerap anda memotong kuku bergantung kepada kepanjangan kuku anda.


10. Amalkan Jus Mutyara - Khasiat yang terkandung sangat membantu untuk masalah kesihatan luaran dan dalaman anda. Mengandungi bahan alami yang telah diperakui akan keberkesanannya dari berabad lama lagi.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


95 views0 comments