TANDA- TANDA KANSER USUS DAN PUNCANYA.



Ketahui tanda-tanda kanser usus ini. Kanser usus ialah sejenis penyakit yang menyerang usus besar iaitu sama ada kolon, rektum dan dubur. Kanser ini merupakan kanser kedua tertinggi dalam kalangan kaum lelaki di negara kita dan ketiga bagi wanita.

Kanser usus boleh tumbuh di satu tempat dan merebak di sekeliling dinding usus. Ia juga boleh menyerang organ yang terdekat menjadi ketumbuhan. Ketumbuhan ini akan mendatang lebih banyak masalah dan lebih sukar dibuang. Apabila kanser semakin membesar, ia akan memulakan proses penyebaran. Proses ini akan menyebarkan ribuan sel setiap hari ke dalam sistem darah dan limfa yang menyebabkan kanser terbentuk di bahagian yang lain.

Terdapat beberapa gejala kanser usus yang ramai orang tidar sedar dan tidak tahu. Berikut merupakan tanda-tanda kanser usus yang perlu diberi perhatian :

  1. Najis Berdarah - Ini merupakan tanda-tanda awal kanser usus telah menyerang. Apabila membuang air besar, darah akan keluar bersama-sama dengan najis. Kadangkala najis berwarna hitam seperti kopi.

  2. Cirit Birit - Ia merupakan gejala barah usus di bahagian kiri.

  3. Perubahan tabiat pembuangan air besar - Setiap orang mempunyai tabiat membuang air besar yang berbeza. Jika sebelum ini, anda akan buang air besar sebanyak 2 kali sehari, kini tabiat itu berubah. Jika anda ke tandas berkurangan menjadi 3 atau empat hari sekali, anda perlu membuat pemeriksaan. Gejalanya seperti sembelit.

  4. Tidak kentut, Muntah, berak - Gejala ini akan berlaku apabila usus sudah tersumbat 100 peratus.

  5. Sembelit menjadi cirit birit - Barah usus yang hampir tersumbat akan menyebabkan najis menjadi keras dan tidak dapat melalui usus besar. Pada ketika ini, pesakit akan mengalami sembelit. Najis yang tersumbat ini akan membusuk di dalam usus akibat pembiakan bakteria. Ini menyebabkan air kembali diserap ke dalam usus.

  6. Berat badan menurun - Pesakit akan hilang selera makan yang menyebabkan berat badan turun mendadak. Dalam tempoh masa yang singkat, badan pesakit susut dengan ketara.

  7. Rasa kenyang sentiasa - Pesakit akan berasa kenyang di dalam perut, walaupun tidak makan. Ini mengakibatkan mereka tidak lalu untuk makan.

  8. Najis tidak lawas - Pesakit akan berasa seperti tidak puas membuang air besar walaupun sudah ke tandas.

  9. Berlaku Benjolan - Ada pesakit yang mengalami benjolan di bahagian perut atau bahagian belakang yang dapat dikesan oleh doktor.

  10. Kekurangan Zat besi - Berlakunya kekurangan zat besi yang tidak dapat dijelaskan kepada kaum lelaki atau wanita (selepas menopause).

Punca berlakunya kanser usus ini ada beberapa faktor yang boleh dibuktikan. Antaranya adalah :

  1. Umur - Lebih 90 peratus pesakit kanser usus di Malaysia berusia lebih 40 tahun.

  2. Penyakit Radang Usus - Penyakit ulcerative colitis (luka dan radang usus) dan Crohn’s disease (radang pada usus, usus menebal dan luka) membentuk keradangan yang berpanjangan.

  3. Sejarah Penyakit Kanser - Wanita yang pernah mengalami kanser ovari, rahim atau payudara mempunyai risiko untuk mendapat kanser usus.

  4. Sejarah keluarga mengalami kanser - Jika ada ahli keluarga yang mendapat kanser usus sebelum usia 60 tahun. Kecenderungan genetik boleh diwarisi daripada ahli keluarga. Namun begitu, kebanyakan kanser usus berlaku pada individu tanpa sejarah kanser dalam keluarga.

  5. Amalan Pemakanan - Disebabkan usus adalah sebahagian daripada sistem pencernaan, maka diet yang sihat dan baik sangat penting. Makanan yang rendah serat dan tinggi lemak, daging merah, alkohol dan daging yang diproses menjadi sebab penyakit ini boleh berlaku.

  6. Amalan Merokok - Individu yang merokok lebih ramai meninggal akibat kanser usus berbanding individu yang tidak merokok.

  7. Berat Badan Berlebihan - Individu yang tidak aktif dan mengalami masalah berat badan berisiko mendapat kanser usus.

Oleh itu, jika ada gejala-gejala dan tanda kanser usus yang dinyatakan di atas, segeralah mendapatkan rawatan. Kanser usus masih boleh dirawat pada peringkat awal di mana polip yang aktif akan dibuang. Malahan, pesakit kanser usus mempunyai peluang untuk pulih walaupun berada pada tahap ke-4.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


178 views0 comments