TABIAT PUNCA KEGEMUKAN BERLAKU



“Ish, tahu-tahu je naik 5 kg. Apa yang aku makan ni? Rasanya tak adalah ‘melantak’ pun, makan di luar pun jarang. Stres! Apa punca gemuk aku ni sebenarnya?”

Hairan dan pelik bukan apabila berat badan anda tiba-tiba naik tanpa sebarang sebab? Walaupun ada yang telah berusaha untuk menurunkan berat badan, tapi masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Mungkinkah anda melakukan salah satu daripada tabiat ini? Mungkin punca gemuk anda bukan disebabkan anda terlalu banyak makan benda yang berlemak atau manisan. Sebaliknya, cuba periksa tabiat waktu tengah malam ini : 1. Tidur tidak teratur - Tahukah anda, tidur anda tak teratur atau tak cukup tidur, ia akan menjejaskan kadar metabolisme tubuh. Kita patut cuba mengekalkan waktu bangun tidur yang sama setiap hari sekalipun tidak dapat masuk tidur pada waktu yang sama kerana ia berkait rapat dengan kebolehan tubuh untuk mengekalkan berat badan yang ideal.

2. Mengambil makanan berat pada waktu malam - Sesetengah orang kurang menitikberatkan pemakanan pada waktu siang kerana sibuk bekerja dan mengalami kekangan masa atas sebab-sebab tertentu. Maka, mereka cenderung untuk memakan hidangan yang lebih besar pada waktu makan malam. Jadi, tak hairanlah begitu banyak restoran 24 jam yang menghidangkan pelbagai makanan berat seperti nasi lemak, roti canai, dan nasi kandar. Tabiat ini adalah salah satu punca gemuk kerana anda kurang beraktiviti lagi selepas selesai makan malam. Maka, ia menyebabkan pencernaan anda kurang berfungsi.

3. Terus tidur selepas makan malam - Salah satu lagi punca gemuk yang sering dilakukan adalah makan malam terlalu lewat hingga hampir dengan waktu tidur. Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari. Seelok-eloknya, anda disarankan untuk mengambil makan malam sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 jam sebelum waktu tidur anda.

4. Snek tengah malam / supper - Sekali-sekala, tidak salah untuk anda mengunyah snek atau ‘supper’ selepas waktu makan malam. Namun, elakkan ia daripada menjadi kebiasaan. Jika terasa lapar, makanlah makanan yang kurang berkalori seperti salad buah-buahan. Ini kerana makanan yang diambil pada waktu malam akan memberi tenaga kepada anda sehingga menyebabkan anda sukar untuk tidur awal. Selain itu, jika anda makan makanan seperti biskut, roti manis, coklat, dan kek, makanan ini mengandungi terlalu banyak kandungan gula yang diproses dan perlu dibakar secepat mungkin.

5. Tidak mengambil makan malam - Ingatkan ‘skip’ makan malam boleh menjadikan anda kurus? Fikir semula. Apabila anda tidak mengambil makan malam, metabolisme tubuh akan menjadi lebih perlahan.

6. Minum kopi - Kopi atau sebarang minuman berkafein seperti sesetengah soda yang diambil pada waktu malam adalah amat buruk untuk kesihatan anda. Selain menyebabkan tidur anda terganggu, ia juga mengandungi banyak kalori.

Oleh itu, minumlah air kosong pada waktu malam supaya anda dapat menjadikan fungsi badan lebih berfungsi. Jika teringin meminum minuman manis, pilihlah jus buah-buahan segar tanpa gula atau susu suam.

7. Menggunakan gadget sebelum tidur - elakkan menggunakan gajet dalam jangka masa 1 jam sebelum tidur. Bukan itu saja, pengkaji yang terlibat dalam eksperimen tersebut menekankan supaya kita tidak lagi mengecas handphone atau sebarang gajet dalam bilik tidur. Sebaiknya, tutup semua lampu dan tidurlah dalam keadaan gelap. Keadaan ini akan membantu anda mendapat tidur yang nyenyak dan berkualiti.

8. Tidur lewat - Tidur lewat akan mengganggu corak tidur dan aktiviti harian anda setiap hari. Ia juga boleh menjadi punca gemuk kerana kitaran tubuh anda berlaku bertentangan dengan cara semulajadi di mana ia patut berehat.

Dalam sesetengah keadaan, memang kita merasa sukar untuk tidur terlalu awal. Namun, ia sebenarnya adalah tabiat yang boleh dilatih. Dalam Islam juga, tabiat bangun awal pagi ini amat digalakkan. Selain membantu anda mengurangkan berat badan, anda akan terasa lebih segar dan bertenaga sepanjang hari.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


169 views0 comments