SELALU SAKIT BELAKANG & PINGGANG BILA WORK FROM HOME. CUBA TIPS INI!


Umum ketahui, WFH atau kerja dari rumah adalah satu norma baharu untuk kita semua sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Oleh itu, ruang kerja yang baik amat penting dalam memberikan keselesaan kepada diri.

Ruang kerja yang tidak selesa akan meningkatkan pelbagai masalah kepada kesihatan antaranya sakit belakang dan punggung.


Tiga perkara berikut, penting untuk mencegah dari masalah ini semasa bekerja dari rumah:


1) Jarakkan komputer atau laptop sejauh lengan.

Pergelangan tangan harus lurus dan tangan berada setinggi atau di bawah siku.

Ketinggian kerusi harus disesuaikan agar lutut sejajar dengan pinggul.

Posisi kaki paling baik adalah rata dengan lantai atau kaki boleh memijak lantai.


Apabila berada pada laptop atau komputer, pergelangan tangan kita harus lurus dengan lengan atas dekat dengan tubuh dan tangan sedikit di bawah siku. Selain itu, ruang kerja yang tidak sesuai juga bukan hanya menyebabkan sakit pada leher, tulang belakang dan punggung, malah boleh menyebabkan sakit pada pergelangan tangan dan jari.


2) Cara mengatasi sakit punggung

Ada beberapa teknik yang boleh dilakukan untuk mengatasi sakit punggung.

Selepas beberapa jam bekerja, cuba berjalan-jalan di sekitar rumah untuk mengurangkan rasa sakit pada bahagian punggung.


3) Buat sedikit senaman ringan dengan meregangkan otot-otot badan.


Senaman boleh mengendurkan otot yang tegang. Jika masih tidak berkesan, ambil bekas yang diisi air panas dan tuamkan pada bahagian yang sakit selama beberapa minit.Krim pelega seperti krim panas atau minyak urut panas boleh membantu. Ia boleh menurunkan tingkat peradangan dalam tubuh.


Kita semua semestinya inginkan keadaan badan yang sihat dan selesa disaat melakukan tugasan hakiki syarikat masing-masing kan? Jadinya lakukan tips ini barulah kesakitan pinggang dan punggung itu akan berkurangan mahupun akan hilang terus. Yang penting adalah postur yang betul!

143 views0 comments