SAKIT KEPALA BERPANJANGAN. PUNCA & RAWATANNYA!

Updated: Sep 15, 2021




Setiap orang pasti pernah mengalami sakit kepala dari masa ke masa. Kadang kala, berehat atau pengambilan ubat tahan sakit sudah memadai untuk melegakan rasa sakit kepala.

Tetapi, jika anda mempunyai sakit kepala yang berterusan, anda mungkin perlu mengambil tindakan segera sebelum keadaan bertambah menjadi teruk. Artikel ini akan menerangkan tentang punca, simptom dan rawatan bagi sakit kepala yang berpanjangan.

Bagi sesetengah orang, ada yang mengalami sakit kepala yang berpanjangan sehingga memberi kesan yang negatif kepada aktiviti harian serta kitaran tidur. Dalam istilah perubatan, sakit kepala berpanjangan bermaksud sakit kepala yang melebihi 15 hari atau melebihi 1 hingga 3 bulan. Ia boleh terjadi kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Jenis sakit kepala yang paling biasa berlaku adalah:

1. Tension Headache - sejenis sakit kepala yang paling biasa berlaku di kalangan orang dewasa dan remaja yang membuatkan seseorang merasa seolah-olah ada tekanan di sekitar dahi, belakang kepala dan leher. Ia lazimnya hanya menyebabkan kesakitan sementara dan selalunya tidak mengganggu aktiviti harian.

2. Migraine - sering digambarkan sebagai sakit kepala berdenyut yang boleh terjadi dari 4 jam sehingga 3 hari lamanya. Seseorang yang mengalami migrain juga sering berasa loya, muntah dan sensitif kepada cahaya.

3. Sakit kepala kluster - Sakit kepala kluster merupakan rangkaian sakit kepala yang agak pendek tetapi sangat menyakitkan dan boleh terjadi sehingga berbulan lamanya. Kebiasaannya, seseorang yang mengalami sakit kepala ini akan merasa sakit atau bengkak di bahagian mata dan hidung menjadi tersumbat.

4. Sakit kepala sinus - Sakit kepala ini biasanya dirasai di dahi, sekitar mata, dan di pipi. Lazimnya, ia terjadi semasa berlaku perubahan cuaca sejuk, dan diikuti dengan sedikit bengkak di wajah, dan mata berair.

5. Hemicrania continua - Ia merupakan sakit kepala yang sangat jarang berlaku, tetapi boleh menyebabkan kesakitan yang menyerupai migrain dan boleh terjadi selama 3 hingga 5 kali sehari. Kebiasaannya, ia melibatkan kesakitan pada satu belah bahagian kepala.

Punca sakit kepala berpanjangan adalah:

1. Tekanan - Sakit kepala akibat tekanan merupakan sakit akibat daripada ketegangan otot. Ia lebih kerap dialami oleh wanita berbanding lelaki, dan lebih banyak terjadi kepada pelajar atau orang dewasa yang bekerja. Menurut pakar, jika seseorang melakukan sesuatu tugasan dalam posisi yang sama untuk tempoh masa yang panjang, ia akan menyebabkan ketegangan pada otot terutamanya di bahagian tengkuk dan bahu.

2. Persekitaran - Persekitaran yang bersih juga memainkan peranan yang penting dalam mencegah rasa sakit kepala. Seseorang yang terdedah kepada asap rokok, bau kuat dari bahan kimia, makanan yang mengandungi kafein atau alkohol, tekanan dan pencemaran bunyi lebih cenderung untuk mengalami sakit kepala.

3. Penyakit - Ini termasuk jangkitan, selesema dan demam. Sakit kepala juga sering berlaku jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti radang sinus, jangkitan tekak, atau jangkitan telinga. Dalam beberapa kes, sakit kepala boleh disebabkan oleh pukulan ke kepala atau merupakan tanda masalah perubatan yang lebih serius.

4. Genetik - Jika anda mempunyai sejarah migrain dalam keluarga, risiko anda untuk mendapat migrain adalah tinggi kerana ia boleh berlaku disebabkan genetik. Jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami migrain, kemungkinan untuk anak mendapat migrain adalah sekitar 70%.

5. Perubahan hormon - Sakit kepala boleh berlaku sekiranya terdapat perubahan terhadap paras hormon. Apabila paras hormon-hormon ini tidak stabil, anda boleh mendapat sakit kepala.

Lakukan ujian pemeriksaan jika doktor mengesyaki sakit kepala anda berkait rapat dengan jangkitan atau masalah kesihatan lain. Doktor anda mungkin mengesyorkan ujian imbasan CT dan MRI untuk mengenal pasti punca sebenar sakit kepala.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


134 views0 comments