PUNCA SELALU SAKIT TUMIT. JANGAN SAMPAI MELARAT !



“Kerap betul sakit tumit sekarang ni.. Salah pakai kasut ke? Alamak.. Apa nak buat ni? Boleh ke kalau urut je..?”


Mesti ramai antara kita yang pernah alami masalah sakit tumit ni. Biasanya sebab pakai kasut baru atau berdiri terlalu lama lah kan. Wanita adalah dua kali ganda lebih biasa mendapat sakit tumit berbanding lelaki.


Ia selalunya melibatkan lingkungan orang yang berusia antara 40 hingga 60 tahun. Kebiasaannya akan kerap berlaku kepada para atlet, pakaian berseragam ataupun seseorang yang aktif. Tapi, adakah sakit tumit ini sementara saja dan apa yang boleh kita buat untuk membantu melegakan kesakitan yang dihadapi?


Mesti ramai yang sedang mengalaminya sekarang tapi masih keliru dengan punca kenapa kerap berlaku. Disini kita kongsikan antara faktor dan punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya sakit tumit ini adalah: 1. Banyak berjalan, berlari & berdiri.

2. Postur kaki yang lemah (bentuk tapak kaki yang leper).

3. Sendi pergelangan yang keras atau lemah otot.

4. Penggunaan kaki yang berlebihan atau regangan secara tiba-tiba pada tapak kaki.

5. Mempunyai berat badan berlebihan.

6. Kekerapan dalam penggunaan kasut tumit tinggi.


Rawatannya mungkin agak berbeza mengikut setiap tetapi antara rawatannya ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu tersebut.

  1. Berehat - Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada kaki seperti tidak berjoging atau mengelakkan aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.

  2. Melakukan terapi ais – Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.

  3. Senaman dan regangan – Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.

  4. Ubat anti radang – Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu.

  5. Pelapik kasut – Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.

  6. Kasut – Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.

  7. Sokongan kaki ketika tidur – Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak terasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

Selain mengamalkan langkah-langkah di atas, pengambilan Jus Mutyara juga amat membantu dalam mengurangkan kesakitan luaran dan dalaman tubuh badan kita.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


82 views0 comments