PUNCA MASALAH OBESITI TERJADI


Apa itu obesiti? Definisi obesiti adalah keadaan di mana terdapat kandungan lemak badan berlebihan yang membahayakan kesihatan.

Ramai orang yang berisi atau berlebihan berat badan berisiko tinggi untuk menghidap masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, hipertensi, dan strok.

Obesiti dan berat badan berlebihan adalah dua konsep yang berbeza. Berat badan berlebihan ialah keadaan berat terlalu berat berbanding ketinggian bukan sahaja disebabkan lemak yang banyak, tetapi juga boleh disebabkan oleh otot yang banyak atau kandungan air di dalam badan. Kedua-dua keadaan ini mempunyai impak yang serius kepada kesihatan.

PUNCA-PUNCA OBESITI ADALAH :

1.GENETIK

- Di mana ibu bapa yang membawa genetik obesiti cenderung untuk mengakibatkan anak-anak mudah naik berat badan


2. MASALAH PSIKOLOGI

- Masalah ini sering menyebabkan wujudkan keinginan untuk makan apabila menghadapi tekanan stres


3. LIFESTYLE

- Keadaan ini melibatkan aspek sosial dimana masyarakat sekeliling menggalakkan untuk makan banyak. Ia mungkin sesuatu yang dianggap pelik bagi sesetengah individu. Namun percayalah, terdapat budaya seperti ini dalam dunia yang anda diami.


Terdapat beberapa faktor lain yang cenderung untuk meningkatkan risiko untuk anda mengalami obesiti, antaranya adalah:

  • Gaya hidup

  • Tabiat pemakanan yang tidak sihat

  • Berhenti merokok

  • Tidak mendapat tidur yang mencukupi

  • Penggunaan ubat tertentu

  • Usia

  • Masalah sosial dan ekonomi

  • Masalah kesihatan


Jika anda mempunyai anak yang mengalami masalah obesiti, atau anda sendiri yang mengalami masalah berat badan melampua ini, anda perlu sentiasa mengingatkan mereka bahawa anda sentiasa bersamanya.

Berikut adalah langkah mengatasi obesiti untuk dijadikan panduan.


LANGKAH MENGATASI OBESITI

1. TUKAR PERSEPSI

- Cara mengatasi obesiti yang paling utama ialah persepsi. Persepsi kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri selalunya akan berdasarkan kepada persepsi ibu bapa mereka. Jika anda lebih bersikap terbuka untuk menerima mereka seadanya, mereka akan merasa lebih tenang.

2. KATAKAN BAHAWA OBESITI ITU PENYAKIT

- Selain dari tukar mindset, cara mengatasi obesiti ialah dengan berkomunikasi tentang kesan buruknya.Berbincanglah mengenai situasi tersebut dengan anak anda. Pastikan mereka faham bahawa obesiti merupakan satu keadaan atau penyakit yang mampu mendatangkan pelbagai kesan negatif yang lain.

3. SEDIAKAN MENU DIET HARIAN

- Cara mengatasi obesti yang seterusnya tidak banyak berbeza dari untuk kuruskan badan. Anda perlu sediakan makanan diet sendiri kerana itu adalah lebih baik dari asyik membeli di luar. Manakala bagi individu dewasa yang mengalami masalah kesihatan, antara langkah-langkah menangani obesiti adalah dengan melakukan diet. Dietitian dan doktor boleh membantu merancang diet yang rendah lemak, rendah kalori.

4. SELALU BERSENAM

- Bersenam ialah salah satu cara mengatasi obesiti yang paling sukar untuk direalisasikan. Ramai yang rasa malas untuk keluarkan peluh.Ingat baik-baik, senaman merupakan cara yang berkesan, program pemantauan kendiri boleh membantu mencegah sebarang komplikasi penyakit.

5. TUKAR GAYA HIDUP

- Gaya hidup yang aktif, berserta senaman yang kerap dan makan diet yang sihat adalah cara yang paling selamat untuk turun berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan anda.Turun berat badan dengan perlahan-lahan akan membantu anda menghalang naik berat badan selepas ini. Ini kerana terdapat kemungkinan jika anda dapat menurunkan berat badan dengan segera dengan pengambilan sebarang ubat kurus, anda berkemungkinan akan cenderung untuk naik berat badan sekiranya anda berhenti mengambil ubatan tersebut.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


111 views0 comments