PUNCA BERLAKUNYA SAKIT-SAKIT SENDI



Sakit sendi atau keradangan sendi merupakan gejala kepada lebih 100 penyakit yang berkaitan dengan sendi. Sakit sendi yang paling sering berlaku adalah arthritis dan gout. Sendi adalah tempat yang menghubungkan tulang dan membenarkan pergerakan. Sebagai contoh, sendi di kawasan bahu, siku, lutut dan pergelangan tangan.

Semakin meningkat umur, struktur di kawasan sendi ini semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Lalu menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel di antara satu sama lain.Keadaan ini mengakibatkan kecederaan tisu dan berlaku keradangan di sendi tersebut.

Berikut adalah punca-punca berlakunya sakit-sakit sendi :

  1. Umur - Umur yang semakin meningkat menyebabkan kawasan sendi kurang berfungsi dengan baik.

  2. Jantina - Kebanyakan sakit sendi berlaku pada kaum wanita.

  3. Genetik/ keturunan - Banyak penyakit melibatkan sendi yang berkait rapat dengan genetik, seperti arthritis dan gout.

  4. Berat badan berlebihan - Berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada sendi dan menyebabkan kecederaan di kawasan tersebut.

  5. Kecederaan dan kemalangan pada sendi - Kecederaan yang lepas pada sendi akan menyebabkan ia tidak stabil dan mudah terdedah pada kecederaan baru.

  6. Kerja yang berlebihan - Melakukan kerja berlebihan dengan postur badan yang salah boleh menyebabkan sakit sendi. Sebagai contoh, mengangkat barang yang berat boleh mencederakan kawasan sendi.

  7. Menghidap penyakit yang lain - Keradangan sendi boleh berlaku disebabkan oleh penyakit kronik lain seperti penyakit tulang dan saraf.

  8. Jangkitan - Terdapat beberapa jenis jangkitan bakteria dan virus yang boleh menyebabkan keradangan sendi.


Tapi anda semua jangan risau kerana untuk masalah sakit-sakit sendi ini juga ada rawatannya. Ada juga boleh mengamalkan pengambilan makanan tambahan yang lain. Terdapat beberapa rawatan sakit sendi yang boleh anda cuba untuk kurangkan sakit pada sendi:

  1. Rehat yang mencukupi - Sakit sendi yang ringan boleh diredakan dengan rehat secukupnya. Sendi terlibat direhatkan dari sebarang aktiviti dan pergerakan.

  2. Ais - Ais boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Letakkan pek ais pada sendi yang cedera sekurang-kurangnya 30 minit.

  3. Lakukan regangan dan senaman - Melakukan senaman merupakan rawatan sakit sendi yang efektif.

  4. Fisioterapi - Fisioterapi atau terapi manual boleh merawat sakit sendi dengan berkesan. Rawatan ini juga dapat membantu anda menggerakkan sendi dan meningkatkan julat pergerakan sendi.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.


Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.


Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat



146 views0 comments