PUNCA BERLAKUNYA SAKIT BELAKANG YANG KERAP DIALAMI



Sakit Belakang adalah salah satu masalah yang boleh dikatakan hampir semua orang akan hadapi. Tak kira tua atau muda ada mempunyai risiko untuk menghadapi masalah sakit belakang. Ini mungkin dialami secara tak lansung melalui aktiviti harian anda yang mungkin menyebabkan sakit belakang tanpa anda sedari. Jika anda biarkan mungkin anda akan alami masalah sakit lebih kritikal seperti ‘slip disc’, masalah tulang dan sebagainya.


Sebenarnya ada banyak punca-punca penyebab sakit belekang. Tapi kali ini, kami akan kongsikan PUNCA utama & mungkin yang paling popular yang menyebabkan sakit belakang. Punca2 sakit belakang yang kami kongsikan ini tidak semestinya akan berlaku kepada semua orang.

Mungkin setiap orang akan berbeza-beza kesannya tapi paling penting ia berguna untuk kita semua dalam usaha untuk mengelakkan berlakunya masalah sakit belakang.

1. Postur badan yang salah - Postur badan yang salah adalah salah satu punca utama masalah sakit belakang. Kesakitan ini biasanya boleh berlaku bersama-sama dengan sakit leher atau sakit bahu. Postur yang salah menyebabkan ada nya tekanan pada otot2. Hal ini membawa kepada meningkatnya ketegangan dalam otot dimana kebanyakannya akan menyebabkan kesakitan.

Cara kita berdiri, duduk dan berjalan dengan postur badan yang salah akan membeban satu-satu bahagian badan yang akan menyebabkan sakit pada bahagian belakang badan.

2. Faktor pekerjaan - Pekerjaan yang melibatkan mengangkat, menolak, menarik atau memusingkan badan boleh menyebabkan kecederaan dan sakit belakang Jika beban terlalu berat sehingga tidak tertampung oleh keupayaan atau anda di dalam postur badan yang tidak betul. Perkara-perkara tersebut boleh memberi kesan kepada bahagian belakang dan pinggang.

3. Gaya hidup - Seseorang yang mempunyai gaya hidup yang tidak aktif akan cenderung kepada meningkatnya kesakitan sendi dan boleh menyebabkan otot menjadi lemah dimana dapat menyebabkan atau memburukkan lagi sakit belakang.

Gaya hidup yang tidak aktif membuat anda terlepas daripada faedah-faedah aktiviti fizikal harian dimana ia membantu untuk memelihara cakera tulang belakang (disc) , tisu badan dan ligamen.

4. Tekanan kerja - Kerja yang memberi tekanan minda akan cenderung untuk menimbulkan stress. Jika stress berlaku terlalu kerap atau berpanjangan, ia boleh memberi masalah terhadap kesihatan anda.

Hal ini semua boleh membawa kepada masalah otot (muscle tension). Bahagian belakang mengandungi pelbagai otot yang berkemungkinan mengalami masalah (muscle tension) ini.

Keadaan ini boleh meningkatkan kesakitan dan membawa kepada sakit belakang sama ada ringan atau teruk di bahagian belakang dan pinggang.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.


Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.


Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


141 views0 comments