PITAM SECARA TIBA-TIBA. BAHAYA KE?


PITAM adalah satu perkara yang selalu berlaku tidak mengira usia tua mahupun muda. Ia boleh menyerang kepada sesiapa sahaja. Dalam kebanyakan kes, ia bukanla sesuatu yang amat serius. Tiada rawatan spesifik diperlukan.


Anda mungkin pernah berasa pitam tiba-tiba ketika berdiri. Ini sering berlaku disebabkan pengumpulan darah di kaki dan perut.


Antara sebab-sebab terjadinya atau berlakunya pitam ini adalah kerana : 1. Keadaan sekeliling - Ia juga boleh mempengaruhi sistem pengaliran darah dan sistem saraf bagi seseorang individu. Berada di tempat yang terlalu ramai, buat senaman fizikal yang berat, menahan lapar yang lama atau berdiri lama di tengah panas terik boleh menjadi penyebab.


2. Hyperventilation - Individu yang berada di dalam keadaan ini kebiasaannya akan menarik nafas pendek dengan laju. Tujuannya adalah menampung kepekatan oksigen yang kurang.


3. Kekurangan gula dalam darah - Otak memerlukan bekalan gula yang berterusan untuk kekal berfungsi selama 24 jam. Jangan terlalu mengikut diet yang tidak mengambil gula lansung kerana ia akan memudaratkan kesihatan diri.


4. Anemia - Berlaku apabila penghidap mempunyai bilangan sel darah merah yang sangat kurang dari biasa. Sel darah merah ini penting untuk membawa oksigen ke jantung dan ke otak. Biasanya Anemia boleh berlaku kepada gadis gadis yang mengalami pendarahan haid yang banyak.


5. Kehamilan - Bagi wanita yang hamil, tubuh akan mengalami perubahan dalam sistem peredaran darah. Darah dikongsikan bersama “Bayi” dalam kandungan.


6. Masalah Jantung - Masalah jantung jarang diketahui untuk anak muda sehingga mereka melakukan aktiviti sukan yang berat. Antara masalah jantung ialah degupan jantung yang tidak seragam. Jika kerap berasa nak pitam selepas melakukan aktiviti yang berat, seeloknya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Walau apapun, penjagaan kesihatan diri amatlah penting untuk kita lebih kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari tanpa akan menghadapi gangguan kesihatan yang lain dikemudian hari nanti.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


93 views0 comments