PETUA MELANCARKAN HAID SECARA SEMULAJADI



Kitaran haid yang lancar dan normal adalah sangat penting bagi seorang wanita. Ini kerana haid yang lancar dan teratur akan memudahkan proses merancang kehamilan di mana lebih mudah untuk menentukan bilakah tarikh subur dijangka berlaku. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi kitaran haid tidak lancar.

Kitaran haid yang teratur adalah kitaran haid yang berlaku dalam kitaran 22 sehingga 36 hari dalam satu kitaran. Wanita yang didatangi haid dalam tempoh tersebut dianggap sebagai mempunyai kitaran haid yang normal.

Kitaran Haid yang tidak normal adalah seperti berikut :

  1. Kitaran haid yang terlalu panjang dan lebih daripada 36 hari.

  2. Kitaran haid yang terlalu pendek iaitu kurang daripada 22 hari.

  3. Darah haid yang terlalu banyak.

  4. Darah haid yang terlalu sikit.

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah kitaran haid tidak teratur. Di antara punca yang telah dikenal-pasti dalam dunia perubatan moden ialah seperti berikut:

  1. Hormon tidak stabil - Jika seseorang wanita mengalami masalah hormon tidak stabil, ia boleh menjadi faktor penyumbang kenapa kitaran haid wanita tersebut tidak teratur.

  2. Menyusukan anak - Wanita yang menyusukan anak juga biasanya akan mengalami masalah kitaran haid tidak lancar.

  3. Tekanan perasaan - Kawal emosi dan perasaan sebaiknya. Ia juga punca berlaku terjadinya haid tidak lancar.

  4. Terlalu penat - Apabila seseorang wanita terlalu penat, secara automatik fungsi tubuh badan juga akan terganggu lalu menyebabkan kitaran haid turut terjejas.

  5. Perubahan berat badan - Apabila berat badan anda berubah dengan mendadak, hormon dalam badan anda juga akan mengalami perubahan yang mendadak.

  6. Menghampiri fasa Menopause - Wanita yang menghampiri fasa menopause juga akan mengalami beberapa perubahan pada tubuh badan termasuk kitaran haid yang mula menjadi tidak teratur. Ia adalah salah satu persediaan badan untuk memasuki fasa menopause di mana tubuh badan tidak akan mengalami haid lagi.

  7. Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) - Jika anda mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur dan dalam masa yang sama mengalami simptom lain PCOS, sila berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Petua melancarkan haid mengikut saranan yang sepatutnya. Tips ini akan membantu dalam menjaga kesihatan dan mengetahui caranya :

  1. Kekalkan berat badan - Oleh itu, untuk melancarkan haid perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan mengekalkan berat badan unggul. Pastikan tubuh badan berada dalam paras BMI yang normal.

  2. Elakkan stress - Mental yang sihat dan perasaan yang gembira akan memberikan kitaran haid yang lancar dan teratur. Elakkan stress. Jika anda mengalami tekanan perasaan sila atasi dengan kadar segera dan jangan dibiarkan melarat.

  3. Amalkan gaya hidup sihat - Satu lagi petua melancarkan haid yang boleh anda amalkan ialah dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat bermaksud anda menjaga pemakanan dan rajinkan diri untuk bersenam.

  4. Dapatkan rawatan yang dihadapi - Pastikan anda mendapatkan rawatan bagi mengawal penyakit tersebut bagi memastikan kitaran haid anda menjadi normal semula. Dapatkan rawatan mengikut temujanji yang diberikan dan makan ubat mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Antara perkongsian tentang petua melancarkan haid yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat



112 views0 comments