PETUA HILANGKAN SENGGUGUT SECARA SEMULAJADI



Bagi yang selalu mengalami senggugut, datang bulan sememangnya satu mimpi ngeri. Kata orang, senggugut adalah sakit kedua paling teruk di dunia selepas sakit bersalin.

Para wanita yang mengalaminya pasti akan menyukarkan aktiviti harian mereka. Kesakitan yang bukan calang-calang. Sehingga mampu merubah emosi seorang wanita tersebut menjadi pemarah. Emosi ini yang sukar untuk dijaga disaat alami kesakitan senggugut ini.

Para suami seharusnya tahu akan sakit ini supaya dapat meringankan beban isteri semasa isteri sedang mengalaminya.

Anda menderita senggugut setiap bulan? Jom Mutyara kongsikan petua hilangkan senggugut yang boleh anda amalkan :

  1. Bertungku - Senggugut berlaku kerana pengecutan otot rahim yang keterlaluan dan juga disebabkan ada darah beku yang terkumpul didalam rahim. Dengan bertungku, anda membantu otot rahim untuk mengecut dengan lebih konsisten dan dalam masa yang sama memecahkan darah beku yang ada dalam rahim.

  2. Bertangas - Selain bertungku, bertangas juga membantu mengurangkan sakit senggugut. Anda boleh amalkan bertangas beberapa hari sebelum anda datang bulan. Bertangas membantu melancarkan pengecutan otot rahim semasa datang bulan dan memecahkan darah beku yang terkumpul didalam rahim.

  3. Minyak panas - Menyapu minyak urutan panas ke perut semasa senggugut juga sangat membantu untuk menghilangkan kesakitan yang anda alami. Seperti bertungku dan bertangas, minyak panas memanaskan perut dan membantu otot rahim mengecut dengan lebih baik

  4. Minyak aromaterapi - Jika anda tidak suka kan bau minyak panas, anda boleh juga sapukan minyak aromaterapi ke perut untuk menghilangkan senggugut.

  5. Pergi berurut - Terdapat 2 jenis urutan yang boleh membantu menghilangkan senggugut. Jenis urutan yang pertama ialah urutan semasa anda sedang haid. Urutan ini boleh dilakukan oleh anda sendiri dengan cara menyapu minyak panas dan mengurut sendiri untuk menghilangkan kesakitan. Urutan yang kedua dilakukan oleh bidan atau tukang urut semasa anda bersih, dan tujuannya adalah untuk menghilangkan senggugut dengan cara membetulkan kedudukan rahim dan meluruskan urat-urat yang bersimpul.

  6. Meminum secawan teh herba - Secawan teh herba panas sememangnya menenangkan dan membantu mengurangkan kesakitan senggugut dengan cara melancarkan perjalanan darah dan merehatkan otot rahim. Kandungan fenol dalam teh membantu menghilangkan kesakitan.

  7. Jaga pemakanan - Sesetengah makanan yang tinggi lemak tepu seperti daging boleh menyebabkan otot rahim mengecut dengan lebih kuat lalu menyebabkan kesakitan. Pengambilan garam secara berlebihan dalam diet seharian pula akan menyebabkan tiub falopio menjadi bengkak dan berlakunya keradangan.

  8. Air asam jawa - Amalan meminum air asam jawa setiap pagi semasa datang haid juga dikatakan membantu menghilangkan senggugut yang kronik. Caranya bancuh satu sudu asam jawa bersama satu gelas air suam, dan minum setiap pagi.

  9. Pengambilan Vitamin yang sepatutnya - Vitamin B1, B6 dan asid omega yang ada dalam minyak ikan mampu menghilangkan senggugut. Sementara mineral kalsium dan magnesium pula membantu mengelakkan otot rahim mengecut dengan keterlaluan. Sekiranya anda selalu senggugut, anda boleh amalkan supplement yang mengandungi Vitamin B, minyak ikan, kalsium dan magnesium sebagai makanan tambahan setiap hari.

  10. Kerap mandi dengan air panas - Sepanjang anda datang bulan, pastikan anda mandi dengan air panas. Elakkan mandi air sejuk kerana kesejukan akan menyebabkan peredaran darah dalam rahim anda terganggu dan menyebabkan pengecutan otot rahim yang keterlaluan.

  11. Amalkan pengambilan Jus Mutyara - Amalkan pengambilan Jus Mutyara secara konsisten dan rasakan khasiatnya. Khasiat yang terkandung pastinya akan dapat membantu para wanita diluar sana dalam merawat kesihatan luaran & dalaman.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


91 views0 comments