PETANDA ANXIETY YANG ANDA TIDAK TAHU !



Pasti antara kita pernah alami seperti debaran, keresahan yang melampau dari semasa ke semasa. Bagi kebanyakan orang rasa panik, gelisah, gementar itu adalah perkara biasa dan bersifat sementara. Namun ada sebahagian daripada kita mengalami keresahan yang terlalu kerap dan sehingga menjadi seperti gangguan yang tidak normal. Jika anda kerap kali mengalami tanda-tanda berikut anda mungkin mengalami sebuah kondisi yang dikenali sebagai ‘anxiety disorder’.


Berikut adalah tanda-tanda ANXIETY yang anda mungkin tidak tahu dan terlepas pandang : 1. Perasaan bimbang sepanjang masa - Sentiasa keresahan pada kebanyakan hari dan perasaan ini berterusan selama enam bulan. Ia boleh menjadi terlalu kronik sampaikan perkara harian yang remeh pun sering dirisaukan. Ini akan menyebabkan aktiviti harian anda terganggu manakala tubuh dan minda berasa letih.


2. Susah untuk tidur - Masalah sukar untuk melelapkan mata atau sering terjaga, bimbang dan terfikirkan tentang masalah sampai tak boleh nak tidur atau terbawa-bawa ke dalam mimpi hingga kerap terjaga – ini adalah salah satu tanda ‘anxiety disorder’.


3. Ketegangan otot - Ketegangan otot yang berterusan adalah antara tanda ‘anxiety disorder’. Tanda tanda ini boleh berlaku akibat respon tubuh terhadap stres yang keterlaluan. Ia boleh berlaku dengan kerap sehingga pesakit menganggapnya perkara biasa.


4. Masalah penghadaman yang kronik - Keresahan mungkin bermula dari minda anda akan tetapi ianya boleh memperlihatkan tanda fizikal lain seperti sindrom gangguan usus (irritable bowel syndrome) iaitu satu keadaan yang mempunyai tanda seperti sakit perut, kejang otot, buncit, angin dalam perut, sembelit, atau cirit-birit.


5. Nervous Breakdown - Seseorang yang mengalami ini biasanya suka memendam perasaan. Namun apabila kebimbangan atau sesuatu yang mengganggu perasaannya memuncak, berlakulah ‘nervous breakdown’ seperti tiba-tiba marah, menjerit, atau mengamuk hingga hilang rasa malu dan takut.


6. Fokus pada negatif - Tak kiralah berapa banyak hal positif yang diungkapkan tentang kerja atau atau diri seseorang, ‘anxiety disorder’ menyebabkan seseorang tetap cenderung untuk fokus kepada bahagian yang negatif sahaja.


7. Panic Attack - Serangan panik boleh menjadi sesuatu yang menakutkan kerana ia mirip dengan serangan jantung. Seseorang yang diserang ‘panic attack’ akan berasa sukar bernafas, sakit dada, pening, berpeluh-peluh, menggigil, jantung berdebar, sakit perut dan lemah tubuh badannya.


8. Sukar menjalinkan hubungan - Selain disebabkan bimbang tentang masalah yang dihadapi sekarang, lazimnya seseorang yang mengalami ‘anxiety disorder’ sering terkenangkan peristiwa lampau hingga ia begitu kerap membayangi fikiran.


‘Anxiety disorder’ atau gangguan keresahan ini penting untuk dikenalpasti agar anda dapat mengatasinya dengan berkesan.


Jika anda ragu sama ada anda mengalaminya, boleh lakukan Ujian Saringan Minda Sihat secara online sebagai langkah awal. Saringan ini akan menilai tahap stres, risau atau depresi yang dialami. Keputusannya akan dihantar melalui email.

Jika keputusannya memerlukan anda untuk mendapatkan rawatan, berjumpalah doktor seperti biasa dan nyatakan masalah anda. Selepas pemeriksaan, rujukan akan dibuat jika ada indikasi.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


106 views0 comments