NAK KULIT FLAWLESS? AMALKAN 10 TIPS INI



“Wah, makin cantiklah kulit kau. Cemburu pula aku tengok. Kongsilah rahsia kecantikan kulit kau.”


Bayangkan ada rakan-rakan atau ahli keluarga yang menegur anda macam ni. Mesti rasa diri sedang melayang-layang kan? Senyum pun panjang sampai ke telinga.


Namun, bukan semua wanita yang beruntung dikurniakan kulit cantik semula jadi. Ada yang perlu memakai pelbagai produk yang sesuai dengan kulit wajah. Ada pula yang perlu jumpa pakar kulit disebabkan oleh masalah yang dihadapi.


Kami kongsikan 10 tips khas untuk anda bagi menegetahui cara mendapatkan kulit cantik semulajadi :

  1. Lakukan rawatan kulit - pertama sekali kenal pasti masalah terlebih dahulu. Jika disebabkan oleh hormon, segera berjumpa dengan pakar kulit. Jika disebabkan oleh solekan, pastikan kandungan bahan di dalamnya tak buat kulit anda alergik dan tersumbat.

  2. Kerap minum air kosong - Tak guna pakai produk kulit yang mahal, kalau malas minum air. Kekurangan air akan menyebabkan kulit muka menjadi kering, bersisik dan gatal. Yang paling teruk kulit muka akan kurang anjal dan anda senang nampak tua! Jangan lupa minum lapan gelas air setiap hari (bergantung pada berat).

  3. Kurangkan rasa stress - Semua orang ada masalah. Tak kira suri rumah, pelajar, wanita bekerjaya dan sesiapa saja. Namun, kita tak patut hidup dalam stres setiap masa. Cari jalan untuk keluar dari masalah. Antaranya keluar shopping, tanam pokok bunga, bercuti dan sebagainya.

  4. Pemilihan produk yang bersesuaian - Ni kerana setiap wanita mempunyai kulit yang berlainan. Ada orang yang mempunyai kulit yang berminyak, normal dan kombinasi. Malah, ada pula yang mempunyai masalah kulit sensitif dan masalah lain macam ekzema dan sebagainya.

  5. Kerap lakukan senaman ringan - Jangan lupa kita perlu nampak cantik dan pada masa yang sama sihat tubuh badan. Oleh itu, sihat dan cantik perlu bergerak seiring. Bersenam banyak kebaikannya pada kulit wajah.

  6. Jaga kebersihan diri - Muka saja kalau cantik tak guna kalau kebersihan diri diabaikan. Bangun saja pagi, jalan lupa basuh muka bersih-bersih. Kotoran yang terkumpul sepanjang malam perlu dibersihkan iaitu minyak di muka, peluh, habuk dan air liur basi anda.

  7. Amalkan pemakanan sihat - Lebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan yang kaya dengan pelbagai vitamin, mineral, kalsium dan magnesium yang baik untuk kulit. Cara penyediaan makanan juga perlu dititikberatkan. Kurangkan makanan berminyak dan bergoreng. Lebih baik amalkan pemakanan yang dimasak secara rebus, kukus dan bakar.

  8. Jaga waktu tidur - Jika tak cukup tidur, wajah akan nampak sembap, tak bermaya, kering dan cepat nampak tua. Malahan, bawah mata juga akan nampak gelap dan kendur. Oleh itu, pastikan anda dapat tidur yang berkualiti.

  9. Jangan diet yang berlebihan - Selain nak kulit wajah yang cantik, perkara paling penting yang difokuskan oleh wanita ialah bentuk badan yang ramping. Tak salah nak jaga badan, bagus untuk kesihatan juga. Namun, jangan pula anda esktrem dalam berdiet.

  10. Manjakan diri di pusat kecantikan - Jika ada wang yang lebih, sesekali apa salahnya buat rawatan spa di pusat kecantikan. Kulit juga perlu dibelai dan dimanja. Urutan dan rawatan di spa bagus untuk kecantikan kulit. Namun, jika kewangan tak mengizinkan, anda juga boleh jadikan rumah anda sebagai spa. Banyak petua yang boleh dicuba misalnya cara buat masker wajah.

Kesimpulannya, penjagaan kulit muka memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Tak semestinya anda perlu membelanjakan wang yang banyak untuk rawatan dan produk kosmetik. Yang paling penting ubah amalan harian yang mungkin tak bagus untuk kulit.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


218 views0 comments