Masalah Senggugut Boleh Menjejaskan Sistem Peranakan?

Updated: 4 days ago


Jangan pernah abaikan apabila ada wanita di sekeliling anda yang sering mengadu sakit senggugut berpanjangan. Tambahan pula ibu-ibu yang mempunyai anak gadis kerana berkemungkinan mereka mengalami masalah kesihatan pada peranakan atau reproduksi.


Senggugut bukanlah perkara yang asing dalam kalangan wanita. Senggugut ialah kesakitan yang dialami pada pada bahagian pelvis atau bahagian bawah perut ketika datang haid.


Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan haid dan akan hilang dalam tempoh beberapa hari.


Kesakitan senggugut yang dialami juga boleh menjejaskan aktiviti seharian terutamanya apabila ada yang bekerja.


Terdapat dua jenis senggugut:

1) PRIMER- Kesakitan yang dialami dalam tempoh 1- 2 hari. Boleh diatasi dengan makan ubat yang bersesuaian


2) SEKUNDER- Kesakitan yang dialami sepanjang tempoh haid


Adakah masalah senggugut punca sukar hamil?

- Ya! Jika anda atau ada anak yang sering mengalami senggugut teruk, bawa lah mereka berjumpa dengan doktor pakar dan dapatkan rawatan dengan segera


PUNCA TERJADI SENGGUGUT


1) Terdapat jangkitan pada rahim/ penyakit radang pelvis

2) Cyst Ovari/ Tumor

3) Fibroid: Bengkak pada rahim

4) Haid yang banyak

5) Alat pencegah kehamilan


Terdapat beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk:


1) Melakukan senaman ringan


Pemerhatian dan kajian kesihatan menunjukkan wanita yang melakukan senaman ringan mendapat manfaat kelegaan bagi sakit senggugut yang dirasai


2) Amal pemakanan yang seimbang


Mengekalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dengan mengambil makanan tambahan yang mempunyai nutrisi vitamin B dan magnesium


3) Minum air secukupnya


Minum air yang secukupnya, sekurang-kurangnya satu setengah hingga dua liter dalam sehari.


4) Mandi menggunakan air suam



Mandi air suam juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan akibat senggugut


5) Mengamalkan Halia


Halia juga dikatakan dapat membantu melegakan masalah senggugut khususnya sebelum haid. Jadi, masukkan lebih halia dalam masakan anda. Boleh jua minum teh halia yang disediakan sendiri


Nak tahu tips yang lebih mudah untuk mengurangkan masalah senggugut? Anda boleh cuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah untuk mengatasi dan mengurangkan masalah senggugut yang anda alami selama ini. Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan sebagainya yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.


Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.


Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

SIHAT ITU NIKMAT




219 views0 comments
702e47cf-023b-4a6c-be13-4f31d4e5eb1d.JPG
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Mutyara Beauty

Tya Arifin

@mutyarabeauty

Wisma Mutyara

 

25, Jalan PPU 2A, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Phone : 019 230 9011

Email : sales@mutyara.com

Informations

2020 A Klasse Essentials Shd Bhd , All Rights Reserved