MASALAH KULIT SENSITIF ! PUNCA & RAWATANNYA !



Masalah kulit sensitif merupakan masalah yang berlaku kepada sesetengah orang. Masalah ini juga terjadi kepada bayi, remaja dan juga golongan dewasa tanpa kira jantina. Apakah punca yang sebenar berlakunya kulit sensitif ini?


Untuk anda tahu, jika ianya dibiarkan masalah ini boleh menjejaskan kulit. Muncul biji-biji dan ruam pada wajah yang menyakitkan. Ini akan mencacatkan penampilan dan membuatkan kita kurang keyakinan.


Istilah kulit sensitif merujuk keadaan kulit yang mudah mengalami iritasi akibat reaksi berlebihan terhadap beberapa punca. Antaranya ialah bahan kimia dalam kosmetik dan produk wajah dan persekitaran.


Bagi mengelakkan masalah kulit menjadi lebih serius, mereka perlu menjaga kulit dengan baik dan berwaspada. Jangan sesekali menggunakan sebarang produk yang viral hanya disebabkan testimoni yang nampak begitu menyakinkan. Tanda-tanda anda mengalami kulit sensitif adalah :

  1. Parut kesan jerawat sukar hilang.

  2. Mudah breakout seperti keluar jerawat dan ruam-ruam jika produk wajah yang dipakai tinggi bahan kimia.

  3. Kulit terasa panas rasa seperti terbakar.

  4. Menjadi kemerahan, nipis bila terkena cahaya matahari.

Terdapat beberapa punca berlakunya kulit sensitif ini. Ada diantara kita yang sedang menghadapinya tapi tidak menganggap ianya adalah masalah serius. Ini kerana anda tidak tahu info atau malas untuk mencari punca. Antara puncanya adalah :

  1. Perubahan Hormon - berlaku ketika didatangi haid atau menopause

  2. Persekitaran - Kerap terdedah dengan persekitaran yang sentiasa kotor dan berdebu.

  3. Produk kecantikan - Sentiasa bertukar-tukar produk kecantikan.

  4. Cuaca - perubahan cuaca yang terlalu panas & sejuk

  5. Gangguan pada kulit - Eczema, psoriasis, rosacea dan lain-lain.

Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan oleh orang yang mempunyai kulit sensitif :

  1. Pilih produk yang sesuai dengan kulit - Bagi individu yang ada masalah ini, jangan sesekali membeli produk wajah tanpa mengkaji kandungannya. Jika produk A sesuai dengan kawan sepejabat atau adik anda, ia tak mungkin sesuai untuk anda.

  2. Kerap menggunakan pelembap - Kulit sensitif mudah mengalami kekeringan dan pengelupasan. Apa yang anda boleh buat ialah menyapu pelembap selepas mandi. Jangan salah pilih pelembap pula. Pastikan ia mengandungi petroleum, minyak mineral, gliserin, ceramide, dimethicone dan sebagainya.

  3. Gunakan sunblock yang bersesuaian - Pilihlah krim sunblock khas untuk kulit sensitif dengan SPF 30 atau lebih. Pilih juga pakaian yang diperbuat daripada kain kapas kerana ia dapat menyerap peluh dengan baik. Ini akan mengurangkan gejala-gejala kulit sensitif.

  4. Bersihkan kulit muka dengan kerap - Kulit sensitif perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih. Jika anda berada di luar terlalu lama, mengenakan solekan atau produk wajah, pastikan ia dibersihkan. Jangan sesekali malas untuk mencuci wajah, ini akan mengeruhkan lagi keadaan.

  5. Jangan memicit jerawat - Jangan sesekali memicit jerawat walaupun tangan terasa gatal melihatnya. Apabila kita memicit jerawat, ia akan menjadi luka dan parut. Malahan, bakteria yang tersebar ke bahagian lain akan membuatkan kulit jadi lebih teruk.

  6. Kurangkan menyentuh muka - Tangan kita penuh dengan bakteria yang kita tak boleh nampak walaupun selepas dicuci. Bayangkan pula anda menyentuh muka tanpa mencuci tangan. Kulit yang memang bermasalah akan menjadi lebih teruk. Oleh itu, elakkan menyentuh muka dengan kerap.

Kupasan tips kita pada kali ni iaitu tentang masalah kulit sensitif. Bagi yang menghadapi masalah ini, jangan risau. Cuba tips yang dikongsikan di atas. In shaa Allah masalah anda akan berkurangan.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


105 views0 comments