MASALAH KEPUTIHAN PENYEBAB KETIDAKSELESAAN MISS V


Keputihan adalah satu masalah yang berlaku pada sesetengah wanita di mana keluarnya cecair berlendir berwarna putih atau kekuningan dari Miss V. Kebiasaannya masalah ini akan berlaku kepada wanita yang telah berkahwin disebabkan dari aktiviti seksual bersama pasangan namun turut dihadapi pada gadis yang sudah didatangi haid.


Ramai wanita tidak menyedari bahawa keputihan ini adalah satu masalah yang serius sekiranya ia kerap terjadi dan berterusan. Oleh kerana itu, setiap wanita perlu tahu membezakan lendir yang keluar secara semulajadi dengan penyakit keputihan yang memerlukan rawatan lanjut.


Untuk pengetahuan anda, keputihan ada 2 jenis iaitu :


Keputihan bersifat normal - Ianya lendir yang keluar daripada Miss V jenis ini biasanya hanya sedikit dan cair serta berwarna putih. Anda tidak perlu terlalu risau tentangnya.


Keputihan bersifat kronik - Lendir yang keluar daripada Miss V jenis ini biasanya lebih banyak, lebih melekit, berketul dan berbau serta akan mengakibatkan kegatalan pada Miss V. Ia mempunyai warna yang lebih keruh seperti kelabu, kuning atau hijau. Jika anda mengalami keputihan seperti ini, sila rujuk doktor dengan kadar segera.


Mesti ramai tertanya-tanya apakah punca terjadinya masalah keputihan ini. Antara punca-puncanya disebabkan :


1. Mengabaikan kebersihan Miss V


2. Amalan diet yang tidak seimbang


3. Tidur yang tidak cukup


4. Kurangnya waktu rehat harian


5. Kurang melakukan senaman


6. Perokok tegar


7. Memakai sabun pencuci yang tidak bersesuaian dengan PH Miss V

Jadi sila bertindak dengan kadar segera untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi kepada diri anda.


Sebagai langkah pencegahan awal, sila pastikan anda mengikuti penjagaan berikut:


1. Bersihkan Miss V anda dengan kerap menggunakan air dan produk yang bersesuaian

2. Elakkan daripada mandi buih atau mandi dalam air takungan seperti tab atau jakuzi

3. Pastikan anda mengelap Miss V dari bahagian hadapan ke belakang untuk mengelakkan kuman masuk ke dalam Miss V

4. Sentiasa pakai seluar dalam yang bersih dan tidak terlalu ketat


Nak tahu tips yang lebih mudah untuk mengurangkan masalah keputihan ini? Anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu mengurangkan keputihan yang dialami oleh wanita.


Kini anda tidak perlu risau dengan adanya Jus Mutyara.


Untuk membuat pembelian Jus Mutyara, boleh klik link dibawah :


https://www.mutyara.com/online-store


MUTYARA

Sihat itu Nikmat

229 views0 comments
702e47cf-023b-4a6c-be13-4f31d4e5eb1d.JPG
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Mutyara Beauty

Tya Arifin

@mutyarabeauty

Whatsapp Logo.png

Wisma Mutyara

 

25, Jalan PPU 2A, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Phone : 018-278 9277

Email : sales@mutyara.com

Informations

2020 A Klasse Essentials Shd Bhd , All Rights Reserved