KETAHUI KESAN - KESAN BURUK BILA MAKAN TERLALU LAJU



Pernah tak kita makan terlalu cepat sebab rasa lapar dan tak sabar tengok menu yang sedap-sedap?


Mungkin ada antara kita yang tak perasan mereka makan terlalu cepat ketika lapar. Ada yang nak cepat untuk kejar masa, dengan hausnya, dengan nak merasa itu ini. Maklumlah, seharian bekerja kan.

Makanan fungsinya bukan saja mengisi perut yang kosong, malah ia boleh mendatangkan khasiat atau mudarat jika tidak diperlakukan dengan betul.

Tahukah anda, sebenarnya cara kita makan tu akan banyak memberi kesan kepada kehidupan kita. Selain daripada tersedak dan tercekik makanan, ada banyak kesan jangka panjang akibat makan terlalu cepat terhadap kesihatan badan kita.

Antara 5 kesan buruk ketika makan terlalu laju : 1. Gangguan Pencernaan - Bila kita makan terlalu cepat, kita takkan dapat betul-betul mengunyah makanan dalam mulut sebelum menelan. Ia boleh menyebabkan sistem pencernaan kita mengambil masa yang lebih lama unutk menghancurkan makanan di dalam usus untuk dicerna.

2. Pedih ulu hati & gastrik - Penyakit pedih ulu hati atau gastrik boleh terjadi bila kita makan terlalu cepat kerana makanan masuk ke dalam perut dengan kadar yang agak laju, menyebabkan makanan yang sedia ada tidak sempat turun ke dalam usus.

3. Obesiti - Ini terjadi kerana sistem pencernaan kita secara semulajadi akan memberi isyarat kepada otak supaya berhenti makan tapi kalau kita makan terlalu cepat, maka isyarat pun tak sempat nak pergi ke otak. Jadi, kita ingat kita belum kenyang, padahal kita dah makan melebihi keperluan badan.

4. Punca penyakit - Sindrom metabolik merupakan istilah medik untuk sekawan penyakit yang orang tua-tua kita rujuk sebagai ‘penyakit tiga serangkai’ iaitu tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung koronari. Ia juga boleh merujuk kepada 2 lagi penyakit tambahan iaitu obesiti dan trigliserida.

5. Masalah jantung - Satu kajian jangka panjang telah dilakukan ke atas orang dewasa berkaitan cara makan dan kesannya terhadap kesihatan mereka. Oleh kerana ia berhubung rapat dengan sindrom metabolik (rujuk poin ke-4), pemakan yang cepat lebih cenderung untuk menghadapi masalah jantung dan stroke dalam jangka masa panjang.

Cuba bertenang dan duduk sambil menikmati setiap suapan. Walaupun kadang-kadang kita terkejar masa kerana sibuk, ‘makan makanan yang banyak, dengan cepat’ boleh diganti dengan ‘makan makanan yang sedikit dengan perlahan’.

Ia memberi ruang untuk pencernaan yang baik untuk badan. Bila makanan sedikit, kita akan kunyah lebih banyak sekaligus kita tak memberi kerja lebihan pada badan.

Fokus pada makanan dan kurangkan gangguan sekeliling okay.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


63 views0 comments