KELEBIHAN HABATUSSAUDA UNTUK KESIHATAN ANDA



Habbatussauda juga dikenal dengan nama lain iaitu Jintan Hitam. Ianya sejenis tanaman yang memiliki khasiat yang luar biasa serta sangat baik untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan. Habbatussauda sering digunakan dalam perubatan sejak berabad lamanya. kini Habbatussauda sudah mulai dikenali seluruh pelusuk negara kerana dipercayai sangat mujarab untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.


Jika tiada sakit atau sebab sekalipun, kita masih disarankan untuk mengambil habbatussauda secara berterusan semata-mata kerana khasiatnya. Mari kita ikuti beberapa fakta menarik tentang Habbatussauda yang wajib kita ketahui.


1. Mengubati Asma - Ramai menganggap penyakit asma adalah sesuatu yang tidak serius. Asma adalah penyakit yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Asma harus dirawat segera untuk mengelakkan ianya menjadi lebih parah di masa akan datang. Namun ada petua yang boleh diamalkan menggunakan bahan semulajadi seperti habbatussauda untuk merawat penyakit ini.


2. Mengurangkan sakit otot - Jangan ambil remeh sekiranya sakit sendi atau punggung. Hal ini sudah tentu menjejaskan aktiviti harian kita. Kita sering merasa sakit sendi seperti kaku atau kebas setelah lama tidak bergerak. Ianya dapat diatasi dengan memanaskan minyak habbatussauda lalu dioleskan kepada bahagian tubuh yang mengalami sakit sendi atau otot. Lakukan 3 kali sehari untuk mengurangkan sakit punggung atau otot-otot sendi anda.


3. Mencegah Diabetes - Penyakit diabetes sangat membimbangkan ramai manusia bukan sahaja di Malaysia tetapi luar negara juga. Bukan sahaja pakar islamiah tetapi pakar-pakar barat juga turut mengakui penggunaan habbatussauda yang konsisten dalam kehidupan seharian dapat merawat dan mencegah diabetes. Habbatussauda mengandungi minyak, alkaloid dan minyak atsiri yang sangat berperanan penting untuk manusia. Untuk mendapatkan minyaknya, biji habbatussauda haruslah diekstrak terlebih dahulu. Minyak habbatussauda ini boleh diminum setiap hari sebelum sarapan sekurang-kurangnya sebulan untuk kesan yang lebih baik.


4. Merawat Diarrhea - Ujian klinikal mendapati habbatussauda dapat merawat diarrhea atau lebih mudah dikenali sebagai penyakit cirit-birit. Cirit-birit adalah apabila kita kerap membuang air besar berbanding biasa dan ianya terjadi melalui makanan dan air yang tercemar. Habbatussauda didapati berupaya mengawal bakteria.. Kerana itu, habbatussauda sangat baik dan digalakkan penggunaannya untuk mereka yang menghidap cirit-birit atau masalah-masalah perut yang lain.


5. Batuk kering - Batuk kering adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bakteria yang selalunya menjangkiti paru-paru seterusnya mengakibatkan batuk kering. Habbatussauda juga baik dan sangat bagus untuk merawat penyakit batuk kering ini.


6. Menghilangkan sakit kepala - Habbatussauda juga sangat bagus digunakan untuk menghilangkan sakit kepala. Masih banyak orang yang tidak mengetahui petua ini.


7. Meningkatkan daya ingatan - Habbatussauda mengandungi asid linoleik iaitu omega 3 dan 6. Nutrisi yang terkandung di dalamnya ini sangat berguna untuk sel otak. Ianya mampu meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan otak. Habbatussauda membantu memperbaiki peredaran darah ke otak dan sangat sesuai diamalkan sedari kecil.


8. Meningkatkan kesuburan lelaki - Habbatussauda sangat membantu untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Ianya didapati dapat meningkatkan kuantiti sperma di dalam air mani lelaki dan meningkatkan paras hormon testosteron. Bagi mereka yang sedang merancang memiliki zuriat, disarankan sang suami mengambil suplemen habbatussauda. Paras hormon testosteron yang meningkat hasil pengambilan habbatussauda membantu sang suami untuk terus bertenaga dan bersemangat.

9. Melancarkan air susu - Asid lemak tidak tepu di dalam habbatussauda dapat melancar dan memperbanyak susu ibu. Hal ini telah dibuktikan melalui banyak Universiti perubatan yang turut menyokong fakta ini. Amalan mengambil habbatussauda secara kerap membantu meningkatkan kasih sayang antara ibu dan anak melalui pengeluaran susu yang lancar. Si ibu juga harus memastikan teknik penyusuan yang betul supaya bayi terus dapat menikmati khasiat susu si ibu.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


155 views0 comments