KEKAL SIHAT DALAM PEMILIHAN MAKANAN



Bagaimanapun sebenarnya pemilihan makanan dan penjagaan size hidangan adalah cara yang lebih mudah untuk tubuh memperoleh nutrisi yang diperlukan tanpa perlu menahan rasa lapar.


1. Jaga masa makan - Perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam perihal penjagaan pemakanan ialah masa makan yang tetap dan teratur. Sarapan pagi merupakan masa makan yang paling penting namun sering dipinggirkan akibat kekangan masa.


Tahukah anda bahawa sarapan pagi yang baik akan memastikan tubuh anda memperoleh tenaga dan nutrisi yang cukup untuk menjalankan kerja-kerja harian dengan lebih produktif?


2. Konsep makan ikut nasihat KKM - Selain beras perang, antara makanan lain yang diklasifikasikan sebagai whole grain ialah jagung, oat dan barli. Suku kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur, kekacang atau sumber protein tumbuhan seperti tauhu, fucuk yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan.


Separuh lagi pinggan diisi dengan sumber buah dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral untuk membantu pelbagai fungsi tubuh. Senang bukan?


3. Elak kalori - Namun begitu, size setiap makanan di atas pinggan kita juga harus dijaga bagi mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan. Bagi pengambilan karbohidrat yang ideal ialah dengan anggaran saiz genggaman tangan.


Pengambilan karbohidrat yang berlebihan bukan sahaja akan menyebabkan berat badan yang berlebihan malahan boleh mengakibatkan bacaan darah naik terganggu.


Anggaran bagi protein pula menggunakan saiz bahagian tapak tangan tidak termasuk jari. Anggaran saiz secekup tapak tangan pula ialah untuk menentukan saiz hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.


4. Cara masakan - Pemilihan cara masakan juga sangat penting. Kita perlu melebihkan makanan yang berasaskan sup, stim, tumis goreng atau rebus seterusnya mengurangkan pengambilan makanan yang terproses, bergoreng, berminyak dan berasaskan santan.


Makanan-makanan segera serta minuman-minuman komersial, minuman tiga dalam satu serta susu pekat manis yang tinggi dengan gula, garam, lemak dan bahan pengawet juga perlu dielakkan dan diminimakan pengambilan.


Akhir kata, tidak salah untuk sekali-sekala menikmati makanan kegemaran, namun demi kesihatan yang berpanjangan, kita perlu mengutamakan pemilihan makanan yang sihat dan seimbang.


Gunakan konsep ‘Seimbang, sederhana dan pelbagai’ dalam memilih makanan seharian. Sekiranya memerlukan nasihat dari segi pemilihan makanan yang baik, betul dan seimbang, rujuklah kepada mana-mana pakar pemakanan dan pakar diet di mana-mana hospital berdekatan anda.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store MUTYARA,

Sihat itu Nikmat



114 views0 comments