JOM KEKAL SIHAT & FIT DENGAN TIPS INI!



Ada tak diantara anda semua yang sering mengantuk selepas makan dan tidur waktu siang hari? Selepas makan tengahari je terus mata rasa berat? Padahal baru je makan bukan berlari marathon pun kan.


TIDUR SELEPAS MAKAN PENYEBAB KEGEMUKKAN?


Gemuk akibat tidur selepas makan hanyalah mitos semata-mata. Tiada kajian yang menunjukkan faktor gemuk atau berat badan naik dari amalan ini. Namun begitu, baring atau tidur selepas makan boleh mengganggu sistem penghadaman. Ia melambatkan pencernaan dan kebarangkalian boleh memberi rasa tidak selesa.


BAHAYA KE KALAU TIDUR SIANG?


Jangan salah faham, tidur siang yang berkualiti mampu memberi manfaat kesihatan tanpa kita sedar. Terdapat kajian di China, warga emas mereka yang mengamalkan tidur siang terutamanya selepas makan tengahari mempunyai memori yang kuat dan kognisi yang baik berbanding yang tidak tidur siang.


IKUT RUTIN LENGKAP INI UNTUK KEKAL SIHAT :


1. Tukar makanan ringan kepada snek kesihatan - Memang sudah biasa kita semua akan membeli makanan ringan atau bahasa pasarnya ‘jajan’ sebagai pemuas nafsu makan. Tak kira masa pasti ada sahaja jajan dirumah, lokar pejabat mahupun didalam kereta. Makanan ringan sekarang pula banyak perisa tanpa kita sedar mengandungi garam, perasa tambahan dan penawar yang tinggi. Itulah penyebab utama kenaikan berat badan, kulit berminyak dan masalah kelesuan tubuh.


2. Ganti air manis kepada air putih - Kelebihan minum air putih atau air kosong tidak dapat dinafikan lagi ia sangat baik melancarkan sistem penghadaman, mencegah kencing kotor, meningkatkan ketahanan daya badan dan banyak lagi! Kandungan gula dalam air karbonat, kafein dan jus buah-buahan kotak boleh mengganggu insulin badan sekaligus meningkatkan risiko kencing manis.


3. Sentiasa pantau berat badan - Pernah tak anda dengar kalau rasa badan ringan sebenarnya berat badan dah naik! Kalau lihat secara fizikal kita masih percaya badan masih lagi dalam keadaan langsing tapi cuba naik penimbang, kebenaran terjawab. Jika setiap rumah wajib ada televisyen begitu juga dengan penimbang berat badan. Wajib ada supaya anda boleh memantau dan tidak lupa untuk sentiasa menjaga kesihatan.


4. Cuba amalkan supplemen tambahan - Pengambilan vitamin atau supplemen tambahan bukan lagi suatu perkara yang asing. Kini vitamin dijual secara terbuka samada di farmasi atau atas talian. Namun hati-hati bukan sebarang vitamin sahaja yang boleh kita ambil. Anda disyorkan mendapatkan nasihat ahli farmasi dan melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu ya.


5. Kurangkan makanan bergoreng atau berminyak - Cara makan seseorang itu mencerminkan keadaan kesihatannya. Di Malaysia, juadah makanan harian kita sering kali dikaitkan dengan makanan tinggi kolesterol, bergoreng dan pastinya menggunakan minyak masak yang banyak. Pengambilan makanan bergoreng boleh mengganggu kestabilan kesihatan lebih lagi ia tinggi kalori dan lemak yang tidak sihat.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


58 views0 comments