ย 

๐“๐ˆ๐๐’ ๐๐„๐๐‰๐€๐†๐€๐€๐ ๐‰๐€๐๐“๐”๐๐† ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐„๐Š๐€๐‹ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“


Percayakah anda pasangan yang mementingkan penjagaan kesihatan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera. Penjagaan kesihatan jantung bukan sahaja dari faktor pemakanan sahaja, malah ia juga bergantung kepada cara hidup harian kita.

Berikut adalah tips-tips untuk kita menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda anda bersama orang tersayang.


1. KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT

Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.


2. KEKALKAN TAHAP KOLESTEROL, TEKANAN DARAH DAN GULA DARAH DALAM LINGKUNGAN NORMAL

Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amallah diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif.


3. AMALKAN DIET YANG BAIK UNTUK JANTUNG

Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman (cth. Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu. Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah dijalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.


4. KEKAL AKTIF SECARA FIZIKAL

Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa.

5. PENGURUSAN STRESS

Jangan memandang ringan yang stress itu benda kecil. Stress yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres.


Nak tahu tips yang lebih mudah? Anda boleh cuba Jus Mutyara kerana khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah luaran dan dalaman setiap individu.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.


Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan dengan adanya Jus Mutyara.


Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store


MUTYARA,

Sihat itu Nikmat

128 views0 comments