DUDUK DI RUMAH TAPI MASIH BOLEH KEKAL AKTIF? BAGAIMANA?



Kita masih berada di dalam fasa penjagaan kendiri yang sangat ketat dan masih melakukan langkah-langkah SOP yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan keadaan yang begini tentu ramai masih duduk di rumah jika tiada sebarang urusan penting di luar kan? Anda yang duduk di rumah mesti kadang-kadang bosan tak tahu nak buat apa kan? Apa kata kalau anda lakukan senaman ringan. Jangan asyik tengok TV sepanjang hari sambil memakan kudapan yang tidak sihat. Kena kekal aktif agar badan sihat dan bertenaga. Kalau rasa malas nak bersenam sangat, ini trik mudah untuk anda : 1. Buat rumah macam Walking Track - Lakukan pergerakan seperti berjalan di dalam rumah. Tak kisah lah ke dapur, ke tandas, ke ruang tamu mahupun bilik tidur. Cuba lakukan dan buat kiraan berapa langkah yang dah di ambil. Pergerakan ini juga dapat membantu lemak anda tau.


2. Naik turun tangga - Lakukan senaman paling mudah dengan jadikan tangga rumah sebagai alat senaman yang tidak berbayar dan paling mudah. Bagus untuk membantu kuat kan otot, aliran darah dan kesihatan sendi-sendi kita.


3. Berjalan / berlari setempat - Boleh berjalan / berlari setempat daripada duduk je sepanjang masa kan? Duduk lama sangat pun boleh membahayakan kesihatan tau! Kalau ada panggilan telefon dah boleh buat senaman ini, sambil bersembang sambil berjalan-jalan di dalam rumah. Membantu melancarkan peredaran darah.


4. Beriadah dengan keluarga - Boleh juga lakukan riadah bersama keluarga seperti mencuci kereta bersama-sama. Mengemas rumah, menyiram bunga, lakukan game-game ringan seperti bermain kad, tali getah, batu seremban dan lain-lain nya. Senang kan sebenarnya nak kekal aktif walaupun hanya berada di dalam rumah. Antara rajin dan malas sahaja. Nak sihat kenalah rajin, kalau nak lemah lesu tak bermaya boleh teruskan duduk depan TV sambil mengunyah makanan ringan yang tidak sihat. Kesihatan anda adalah tanggungjawab sendiri tau! Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.


Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


38 views0 comments