CUBA TRICK INI PASTI TIDUR TERUS LENA !


Haishhh susah betul lah nak lena ! Puas lah sekejap pusing kiri, sekejap pusing kanan. Bilalah mata ni nak terpejam lena? Kalau anda selalu mengalami keadaan seperti ini, jom cuba trick yang boleh menjadikan anda mengantuk dan terlena dalam masa beberapa minit sahaja!

Jom kita tengok apa trick yang boleh membantu memudahkan anda cepat lena : 1. Jangan terlalu memaksa - Pernah tak rasa macam kadang-kadang kita terlampau memaksa nak bagi mata terpejam? Buatlah macam mana pun, tak boleh juga tidur. Cuba ingatkan diri anda bahawa tidur ini sama seperti lapar dan ia adalah proses secara semulajadi badan kita. Oleh itu, melatih diri supaya terbiasa dengan jadual tidur yang tetap dan kerap bersenam. 2. Tutup lampu - Selagi lampu tidak dipadamkan, selagi itulah kita tak tidur. Menurut kajian, tidur dalam keadaan gelap adalah lebih berkualiti dari tidur dalam keadaan terang. Ada juga situasi dimana kita sudah tak perlukan lagi jam penggera kerana tubuh badan kita sudah terbiasa dengan waktu tidur.

3. Mandi air panas - Mungkin ramai yang pernah dengar bahawa mandi dengan air panas dapat membantu untuk anda mendapatkan tidur yang lena kan?. Ya! Tepat sekali! Mandi dengan air panas dapat membantu anda untuk merelaksasikan minda dan hormon.

4. Pakai stokin - Bukan semua orang suka pakai stokin ketika tidur kerana rasa rimas. Tetapi sebenarnya, buat anda yang sukar mendapatkan tidur yang lena tu, boleh cuba untuk memakai stokin ketika tidur. Kaki yang tidak terdedah dengan sejuk dan sentiasa panas memang akan menjadikan tidur anda lebih lena. Selain itu, tidur dengan memakai stokin juga akan melancarkan sistem perjalanan darah dalam badan kita. Tumit kaki pun akan kurang merekah bila tidur memakai stokin tau!

5. Berangan - Haa, ini mungkin ramai yang suka buat. Tapi janganlah pula berangan sampai tak tidur ke pagi. Konteks berangan di sini adalah kita memenangkan minda. Mungkin ada yang berangan nak pergi melancong ke atau nak pergi membeli-belah sebelum tidur pun boleh juga. Ini akan membantu anda untuk menenangkan minda dan badan dan secara tidak sedar, anda dah terjaga pada waktu pagi. Kalau tak, susah sangat nak tidur kan? 6. Membaca - Selain berangan, cara lain untuk memudahkan kita cepat mengantuk dan tidur adalah dengan membaca buku. Janganlah pula anda membaca bahan bacaan yang berat. Sebaliknya, baca bahan bacaan yang ringan seperti buku motivasi, majalah atau novel. Sekurang-kurangnya sebelum tidur tu dapat juga menimba ilmu walaupun sedikit kan?

7. Matikan / silent tel bimbit - Sebelum tidur lah nak tengok kembali segala perkembangan dalam sosial media kan? Sampai lewat malam pun tak tidur lagi. Selain itu, waktu kita tengah tidur pun akan ada lagi orang yang akan call kita sampai terganggu konsentrasi semasa tidur. Oleh itu, cara nak elakkan situasi seperti ini adalah dengan matikan telefon bimbit sejurus sahaja kita berada di atas katil. Boleh kalau nak tengok sosial media tetapi hadkan masa dalam 15-20 minit sahaja dan selepas itu, matikan telefon bimbit. Cuba gunakan tips ini, tak ada masalah lah nak terlena dalam masa beberapa minit. Tak percaya ? Cuba dulu baru tahu. Selamat mencuba ! Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


64 views0 comments