CARA MENGAWAL SELERA MAKAN DAN DIET



Antara perkara yang menjadi masalah utama dikalangan masyarakat kita adalah tidak mampu mengawal selera semasa berbuka puasa. Ini adalah perkara yang sangat tidak bagus kerana bulan yang mulia ini, kita seharusnya belajar mendidik diri daripada segala nafsu dalam diri, termasuk nafsu makan.

Nafsu makan yang tidak terkawal bukan sahaja merosakkan tubuh badan, malah ia juga menggalakkan pembaziran. Secara tidak langsung menjejaskan tumpuan kita terhadap ibadah dalam bulan ini.

Tahukah anda dengan hanya memberus gigi, berkumur dengan cecair pencuci mulut boleh menghilangkan keinginan terhadap makanan manis? Terdapat pelbagai cara untuk menghentikan tabiat pemakanan kurang sihat. Paling penting, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Pastikan juga anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari.

Justeru itu bagaimana kita boleh mengawal selera makan ini? Ikuti panduan dibawah: 1. Gula-gula getah - Otak membayangkan kesedapan roti dan coklat tetapi anda baru sahaja menghabiskan sepinggan nasi. Atasinya dengan mengunyah gula getah perisa asli sehingga hilang keinginan terhadap makanan manis.

2. Air - Air bukan sahaja baik untuk memaksimumkan kehilangan lemak tubuh dan memperbaiki kesihatan, tetapi mampu menghentikan keinginan anda pada makanan tertentu. Kebanyakan masa badan kita sukar membezakan antara hidrasi atau rasa lapar. Hanya segelas air sudah memadai untuk menghilangkan keinginan.

3. Kekacang - Segenggam kacang almond kaya dengan sumber aktioksidan, vitamin E dan magnesium. Badam juga mampu membuatkan rasa kenyang dan membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.


4. Kopi & teh - Rasa kopi pekat dan aromanya mampu menarik tumpuan dan menghilangkan keinginan pada makanan tertentu. Begitu juga dengan teh terutama green tea dan peppermint tea.

5. Pudina - Pudina mempunyai rasa dan aroma yang kuat mampu menyekat keinginan. Setiap kali teringin kepada sesuatu makanan, atasinya dengan menghirup secangkir teh pudina, mengunyah gula getah pudina atau berus gigi dengan ubat gigi perisa pudina. Langkah mudah ini mampu menyekat pertambahan kalori tubuh.

6. Halia - Terkenal dengan kemampuan mencernakan makanan dan membuang angin, halia sering menjadi pilihan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Halia juga mampu meningkatkan penghadaman sekaligus membuatkan anda kurang berasa lapar.

7. Epal - Epal mampu menghilangkan rasa lapar kerana buah ini tinggi kandungan serat dan pektin. Epal juga mampu memperbaiki gula tubuh dan meningkatkan tenaga.

8. Bayam - Bayam dikatakan mampu melambatkan pencernaan yang meningkatkan paras hormon yang mengurangkan selera makan serta lapar.

Pemikiran minda kita juga memainkan peranan penting dalam mengawal rasa lapar dan keinginan untuk mengunyah makanan. Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


206 views0 comments