CARA MENGATASI KELETIHAN SEWAKTU BERPANTANG



Rasa letih adalah salah satu perasaan untuk ibu-ibu yang sedang berpantang dan kebiasaannya keletihan boleh terus menerus di rasa sehingga berbulan-bulan. Ini kerana badan anda sedang pulih dari cabaran fizikal yang luar biasa sewaktu melahirkan.


Pada masa yang sama para ibu perlu menjaga bayi yang memerlukan perhatian yang rapi dan ini juga akan mengakibatkan pola tidur anda berubah 100%. Dimana waktu tidur bayi haruslah betul mengikut jadualnya supaya bayi tidak akan meragam seharian.


Keutamaan anda sekarang adalah perlu membahagikan tenaga untuk diri sendiri dan juga bayi serta anak-anak yang lain.


Beberapa cara untuk mengurangkan rasa keletihan ketika berpantang adalah :


1. Minta bantuan pasangan

- Bergilir-gilir menjaga bayi sesudah bayi menyusu. Ini kerana selepas menyusu bayi akan mengantuk dan tidur. Minta bantuan suami untuk menjaga bayi dan anda boleh berehat seketika.


2. Mengelakkan akan kehadiran tetamu

- Minta kerjasama ahli keluarga, rakan-rakan anda yang berikan sedikit masa untuk anda menerima kunjungan. Letih melayan kepenatan badan jangan ditambah lagi dengan letih melayan tetamu kerana emosi ibu yang sedang berpantang amatlah sensitif.


3. Ambil makanan yang berkhasiat

- membuat pilihan makanan yang sihat dengan makanan yang memberi tenaga yang berkekalan, seperti karbohidrat dan protein yang tinggi. Jangan bergantung pada kafein dan gula-gula atau makanan ringan yang langsung tidak berkhasiat.


4. Minum banyak air kosong

- badan memerlukan air yang mencukupi dalam harian. Kalau anda tidak bertenaga bagaimana anda ingin memberikan yang terbaik kepada bayi anda yang baru lahir.


5. Mengambil supplement

- Ambil vitamin atau suplement mengikut saranan dari doktor yang bertauliah. Jangan terlalu mengikut arusan moden yang mengatakan makan atau minum bahan atau produk ini akan berkesan. Badan kita tubuh badan kita ingin digunakan lama. Ingat itu!


6. Lakukan senaman ringan

- Dapatkan saranan dari pakar jika ingin melakukan senaman ringan ketika berpantang. Kerana menjadi kerisauan sekiranya melakukan secara kasar akan mengakibatkan pembukaan kepada jahitan pembedahan nanti.


Memang tidak mudah menjadi seorang ibu. Perlukan kesabaran serta sokongan moral dari pasangan, keluarga dan orang sekeliling. Emosi ibu berpantang wajib dijaga. Pengorbanan seorang yang bergelar ibu perlu dihargai dan diangkat tinggi kerana nyawa dijadikan taruhan ketika melahirkan.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


46 views0 comments