CARA HILANGKAN SAKIT PINGGANG DENGAN MUDAH



Adakah anda atau orang sekeliling anda sering mengadu tentang masalah sakit pinggang atau sakit belakang? Apakah punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan ini? Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui cara yang boleh dilakukan untuk hilangkan dan mengurangkan rasa sakit pinggang.


Sakit pinggang boleh menyebabkan rasa tidak selesa serta mengganggu aktiviti harian seseorang. Beberapa keadaan yang mengakibatkan rasa sakit pinggang termasuk kecederaan, faktor umur, aktiviti lasak serta kesan sampingan ubat-ubatan.


Selain itu, anda juga boleh mencuba beberapa tips di bawah untuk membantu mengurangkan rasa sakit. Antaranya ialah:


  1. Melakukan senaman - Anda mungkin berasa sangat sukar untuk melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan apabila sakit pinggang menyerang. Tetapi, aktiviti ringan seperti berjalan kaki, yoga, senaman air dan aktiviti berimpak rendah sebenarnya dapat membantu mengurangkan rasa sakit pinggang kerana senaman ini mampu melonggarkan otot yang tegang, seterusnya merembeskan hormon endorfin yang berfungsi sebagai ubat penahan sakit semulajadi.

  2. Tuam dengan air panas & sejuk - Kajian menunjukkan bahawa penggunaan haba panas dan sejuk merupakan kaedah yang efektif untuk menghilangkan rasa sakit pinggang. Tuam sejuk adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan sakit dan bengkak jika anda menggunakannya sejurus selepas kecederaan seperti ketegangan otot. Ia juga memberi rasa kebas bersifat sementara kepada individu yang mempunyai sakit pinggang yang kuat dan secara tiba-tiba.Namun, anda dinasihatkan untuk menggunakan tuam sejuk tidak melebihi 20 minit pada satu masa.

  3. Lakukan regangan - Berikut merupakan beberapa contoh regangan yang boleh anda cuba untuk mengurangkan rasa sakit pinggang. Setiap regangan perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 30 saat atau selama yang anda rasa selesa.

  4. Sapuan krim tahan sakit - Selain itu, krim tahan sakit yang mengandungi menthol mempunyai kesan penyejukan yang boleh merawat rasa sakit pinggang buat sementara waktu. Satu penyelidikan yang dilakukan telah membuktikan bahawa penggunaan menthol pada kulit mampu untuk menyahsensitif receptor sakit dalam badan. Walaupun begitu, penggunaan menthol secara terlalu banyak boleh mengakibatkan seseorang menjadi lebih sensitif terhadap rasa sakit.

  5. Tukar jenis kasut ikut kesesuaian - Memakai kasut yang tidak sesuai atau kasut yang tidak memberi sokongan pada bahagian kaki akan menyebabkan ketegangan otot ketegangan terutamanya di bahagian belakang, kaki dan leher. Misalnya, kasut tumit tinggi boleh mengakibatkan sakit belakang kerana ia memberi kesan kepada posture badan yang normal.

  6. Perubahan kerusi atau tempat duduk - Postur badan yang tidak betul seperti membongkok semasa di tempat kerja boleh juga menyebabkan sakit pinggang serta otot. Sebagai contoh, pastikan skrin komputer berada pada paras mata dan kerusi berada pada paras ketinggian yang betul. Selain itu, adalah lebih baik jika anda menggunakan troli atau meminta pertolongan semasa mengangkat objek yang berat.

  7. Dapatkan tidur yang mencukupi - Satu penyelidikan menunjukkan bahawa gangguan tidur akan memburukkan lagi keadaan sakit pinggang. Kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi tahap kesakitan yang dialami oleh seseorang individu. Selain dari itu, tilam yang tidak selesa, saiz bantal yang tidak sesuai atau waktu tidur kurang daripada 7 jam (bagi orang dewasa) boleh mencetuskan rasa sakit pinggang.

  8. Urus & kurangkan tekanan - Tekanan boleh mengakibatkan ketegangan otot dan kekejangan yang menyakitkan, termasuk di bahagian belakang. Sekiranya tekanan jangka panjang atau kejadian trauma yang menyebabkan sakit belakang, anda boleh mencuba teknik menghilangkan tekanan.

  9. Lakukan yoga - Yoga memberi fokus lebih kepada postur dan cara pernafasan untuk menenangkan diri, terutamanya apabila dipraktikkan secara teratur. Satu tinjauan juga mendapati bahawa yoga adalah salah satu cara terbaik bagi pengurusan tekanan secara berkesan.

Doktor mungkin akan mengesyorkan terapi fizikal, ubat-ubatan atau rawatan lain, bergantung kepada punca masalah sakit pinggang anda. Individu yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada atau yang mengambil ubat-ubatan secara tetap perlu memberitahu doktor sebelum mencuba sebarang bentuk herba atau supplemen.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


111 views0 comments