BAGAIMANA SEIMBANGKAN MASA KERJA DARI RUMAH & JAGA ANAK-ANAK? DISINI DISEDIAKAN SEDIKIT TIPS BERGUNA


Sepanjang pandemik COVID-19, ramai yang sebelum ini sudah biasa bekerja dalam sekitaran pejabat terpaksa menyesuaikan diri bekerja dari rumah, menyediakan ruang kerja dan membiasakan diri kepada suasana yang berbeza.


Hakikatnya ada sebahagian orang yang masih terkial-kial mengimbangi komitmen kerja dan tanggungjawab di rumah bersama keluarga dalam masa yang sama. Namun, apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk mengelak keadaan kalut sedemikian jika ia berlaku kepada mereka?


Berikut ini beberapa panduan yang dikongsi untuk anda yang bekerja dari rumah supaya kekal sebegai pekerja produktif dan ibu bapa yang penyabar.


1. WUJUDKAN RUTIN

Kanak-kanak mahupun orang dewasa menjalani hidup dengan baik apabila terdapat rutin. Maka, penting untuk menetapkan rutin setiap hari.Jadual harian anda tidak perlu terlalu rumit.Pastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk bebas bermain dan membaca. Jika anda mempunyai taman, pastikan anda mengambil peluang untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari di taman itu.


Amatlah disarankan untuk ibu bapa agar menumpukan perhatian kepada apa yang terbaik untuk keluarga mereka sendiri dan tidak melihat apa yang dilakukan oleh keluarga lain di media sosial.


2. KOMUNIKASI DENGAN PASANGAN

Jika anda mempunyai pasangan, penting untuk anda saling berbincang tentang tugas anda supaya anda boleh tentukan bagaimana anda boleh bekerja dari rumah di samping menjaga anak-anak. Paling penting adalah sifat bertolak ansur dalam membantu memberikan ibu bapa masa untuk melakukan kerja mereka sementara pasangan tidak berasa terbeban dengan tanggungjawab menjaga anak.


3. MANFAATKAN MASA TIDUR SIANG ANAK

Buat rutin untuk anak kalian mempunyai waktu tidur siang. Ini untuk memberikan anda masa satu jam atau dua atau tiga jam tanpa sebarang gangguan untuk menumpukan perhatian kepada kerja anda.


4. ADAKAN RUANG KERJA KHUSUS

Sesetengah ibu bapa tiada pilihan mengasingkan ruang kerja. Namun bagi mereka yang ada ruang khas untuk bekerja, ini akan membantu produktiviti dan membolehkan anda fokus.


Bersihkan ruang di rumah anda dan jadikannya ruang khusus untuk kerja yang paling baik adalah ruang di mana anda boleh menutup pintu.

Langkah itu akan membuat peralihan daripada kerja di pejabat ke kerja dari rumah lebih mudah dan memastikan rumah anda masih dapat dirasakan seperti rumah di mana anda boleh berehat. Sekali Pun demikian, ini tidak bermakna anda tidak boleh melakukan kerja anda di mana anak-anak anda ada sama.


5. MANFAATKAN TEKNOLOGI UNTUK DIRI ANDA

Jika para ibu bapa masih berdepan prospek mendidik anak-anak di rumah, anda boleh memanfaatkan teknologi. Terdapat banyak aplikasi dan permainan yang menghiburkan tetapi berkonsep pendidikan. Banyak juga program di televisyen dan Netflix.


6. JUJUR DENGAN MAJIKAN

Dalam waktu sukar ini, penting untuk anda jujur dengan diri sendiri dan juga mereka yang bekerja dengan anda. Sebaik sahaja anda sudah tetapkan rutin atau jadual kerja yang sesuai, jangan takut untuk membincangkannya dengan majikan dan maklumkan kepada mereka bahawa anda mahu mencari jalan supaya ia sesuai untuk anda dan majikan.


Kebanyakan majikan memahami, lebih-lebih lagi jika mereka juga ibu bapa. Jika anda tahu sukar untuk anda menjawab panggilan telefon atau video maka jujurlah dan tanya sama ada anda boleh dihubungi menerusi emel kecuali jika keadaan mendesak.


7. TUMPU KEPADA YANG POSITIF

Mudah untuk kerja anda menyusup masuk ke dalam kehidupan anda di rumah, lebih-lebih lagi sekarang ini. Namun kuncinya adalah mencari keseimbangan kerja dan hidup untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat sekali gus menikmati pengalaman sebagai ibu bapa bersama anak-anak anda.


Jangan salahkan diri anda sendiri jika anda rasa mereka terlalu banyak menonton televisyen. Ingat bahawa sekarang ini adalah satu tempoh luar biasa dan tidak semuanya perlu sempurna dari hari pertama lagi. Yang penting adalah kesihatan mental dan seisi keluarga perlu kekal positif dan jika membuatkan semua orang gembira. Jaga dan kawal kesihatan mental anda.