BAGAIMANA ANDA URUSKAN BISNES DISAAT WORK FROM HOME BERSAMA TEAM


Dalam keadaan ketika ini, bagaimana cara untuk menguruskan bisnes anda dengan sebaik-baiknya agar ia dapat beroperasi dengan lancar meskipun ada kekangan tertentu?


Tiada rentas negeri mahupun daerah dibenarkan sepanjang lockdown ini berlaku. Sehubungan itu anda perlulah memastikan dan sentiasa mengingatkan diri anda dan juga team agar mematuhi segala SOP dan amalan norma yang telah diperkenalkan.

Bagi yang beroperasi dari rumah sangat penting untuk sentiasa berkomunikasi kerana tidak dapat berjumpa secara berdepan.Komunikasi yang baik dalam team dapat memastikan kerja dan tugas yang diperlukan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

5 tips penting bisnes semasa work from home :

1. Pastikan team dilengkapi dengan peralatan yang diperlukan

  • Anda perlu memastikan semua team mempunyai peralatan yang diperlukan untuk bekerja dari rumah supaya mereka dapat menyelesaikan tugasan seperti biasa.

2. Kekalkan komunikasi bersama team

  • Penting anda kekal berkomunikasi dengan team walaupun semua berada di rumah masing-masing. Banyak cara untuk kekal berkomunikasi dengan menggunakan teknologi sedia ada seperti aplikasi tele-sidang Zoom, Cisco Webex, Google Meet dan banyak lagi.

  • Team anda dapat mengetahui perkembangan projek atau tugas yang dilakukan, mesyuarat yang akan dibuat dan sentiasa berkomunikasi akan membuatkan anda merasa lebih berhubung dalam tempoh ini.

  • Dalam pada itu, jangan hanya bercerita soal kerja sebaliknya peruntukan juga masa untuk bersosial atau bertanya khabar tentang keadaan dan kesihatan team anda.

  • Mungkin ada yang tak sihat dan berada dalam tekanan yang mana membolehkan team memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan.

3. Bersedia untuk tukar plan bisnes (mengikut keadaan semasa)

  • Dalam tempoh krisis, banyak benda berubah dengan cepat. Justeru itu, anda perlu ada pelan kecemasan atau alternatif agar dapat beroperasi.

  • Contohnya jika ada team anda yang tidak sihat atau dijangkiti virus, siapakah dapat mengambil alih tugasnya?

4. Set matlamat, tugasan yang jelas

  • Penting untuk team anda mengetahui dengan jelas apa perlu dilakukan ketika ini. Apabila team anda tahu dateline mereka, waktu bekerja dan lain-lain akan melancarkan lagi kerja anda secara ‘remote’.

  • Mungkin ada yang mahukan team anda berada dalam Zoom pada pukul 8 pagi setiap hari waktu bekerja ataupun anda tak kisah waktu bekerja asalkan segala tugas-tugas disiapkan.

  • Oleh itu, pastikan apa yang anda mahukan diketahui team dengan jelas. Anda boleh menggunakan perisian yang bantu tingkatkan pengurusan kerja.

  • Ia memudahkan anda untuk track perkembangan kerja-kerja yang dilakukan dalam team anda.

5. Gunakan media sosial

  • Sebelum ini, mungkin bisnes anda mempunyai premis fizikal yang mana orang ramai boleh pergi kesana untuk mendapatkan produk atau servis yang disediakan.

  • Tapi ketika krisis, lebih-lebih lagi bagi yang tak dapat membuka kedai secara fizikal perlu ambil peluang dengan penggunaan media sosial.

  • Ketika tempoh ini, ramai orang yang meluangkan lebih masa dalam platform media sosial seperti Facebook & Instagram.

  • Ia menjadi cara terbaik untuk berhubung dan berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan terutama yang sedia ada.

  • Tingkatkan keberadaan digital anda dengan posting yang lebih kerap, interaksi atau engagement lebih baik bagi memberikan lebih value kepada mereka.


Sehubungan itu, bagi usahawan adalah sangat penting untuk anda mencari jalan untuk selesaikan halangan atau masalah dihadapi ketika ini.

Kita fokus kepada apa kita boleh control & buat vs apa yang kita tak boleh control & buat”


63 views0 comments

Recent Posts

See All