BADAN MUDAH LETIH ? UBAH TABIAT INI DULU



Penat! Ia merupakan sesuatu yang pasti pernah berlaku kepada setiap manusia normal selepas sahaja selesai melakukan sesuatu pekerjaan. Persoalannya, apakah punca cepat penat yang mungkin kita tidak sedar?

Tahu tak, kadangkala kepenatan itu juga boleh terjadi walaupun tidak melakukan apa-apa dan ini pasti akan menimbulkan tanda tanya.

Jom lihat apa punca dan penyebab keletihan mudah berlaku. Mungkin ada yang anda semua terlepas pandang dan mungkin sedang lakukan :

1. Tidak bersarapan pagi - Meskipun anda tidak rasa lapar atau tidak punya mood untuk makan walau sedikit pada waktu pagi, tubuh badan anda masih memerlukannya. Ini kerana tubuh badan anda memerlukan glukosa untuk otot dan otak berfungsi dengan baik selepas sekian waktu berehat di malam hari.

2. Kerja secara berterusan - Tanpa mengira jenis atau sektor pekerjaan sama ada di pejabat atau kilang, ia tetap merupakan sesuatu yang memenatkan baik buat otak dan juga tubuh badan. Menurut kajian, pekerja yang efisien dan produktif adalah apabila mereka bekerja selama 52 minit dan kemudian berehat selama 17 minit.

3. Bersenam dengan terlalu banyak - Kata orang, bersenam mampu membina tenaga agar kita tidak cepat penat. Namun sebaliknya pula akan terjadi sekiranya anda bersenam dengan terlalu banyak. Bersenam itu adalah bagus jika dilakukan dengan cara yang betul yakni makan dan minum dengan sihat serta rehat dan tidur dengan cukup.

4. Kopi juga punca penat - Untuk pengetahuan anda, semua minuman kopi mengandungi kafein yang merupakan dalang sebenar kepada kepenatan dalam diri. Ini kerana kafein akan mengganggu proses pengeluaran adenosine – sebatian yang membuat kita mengantuk, dan ia akan membuat kita lebih cepat penat.

5. Postur tubuh badan - Percaya atau tidak, postur tubuh badan juga akan menjadi pencetus kepada kepenatan yang berlaku tanpa diundang. Semasa sedang bekerja di hadapan komputer riba, berjalan atau berbaring, postur anda seharusnya tegak dan tidak bongkok agar tidak mudah penat. Postur yang buruk akan memberi lebih tekanan pada tulang, sendi dan ligamen, dan inilah punca keletihan.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


58 views0 comments