APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN?


Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius. Walaupun seseorang itu telah menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined space (Sempit), Crowded (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat). Walau bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19 masih belum diketahui.


YANG LAYAK MENERIMA VAKSIN ADALAH;

Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun yang layak boleh menerima vaksin COVID-19. Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dan sebagainya.

YANG TIDAK LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 ADALAH;

1. Mempunyai sejarah kemasukan ke hospital akibat dari alahan yang teruk.

2. Mengalami reaksi alahan yang teruk setelah menerima dos pertama vaksin jenama ini

3. Mempunyai reaksi alahan yang teruk terhadap mana-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini

4. Sedang hamil

5. Sedang menyusukan bayi

44 views0 comments