ANDA ADA GASTRIK? TAK BOLEH BERPUASA? ITU BUKAN LAGI ALASAN.


“Tak lama lagi nak mula puasa. Aku risaulah nanti gastrik datang balik. Boleh ke aku berpuasa ni?” Ini berlaku kerana dalam bulan puasa, pola pemakanan kita telah berubah. Di waktu siang semasa perut kosong, peningkatan asid di dalam perut berlaku dan menyebabkan keradangan perut, loya, muntah atau berasa pedih pada ulu hati.


Jadi, bagi pesakit gastrik atau anda yang selalu sakit perut bila lewat makan, jom ketahui beberapa tips ini untuk membantu anda mengawal gastrik agar dapat berpuasa dengan lebih lancar dan selesa tanpa kesakitan.

1. Ubah jenis makanan & minuman - Ketika berbuka puasa mahupun bersahur kalau boleh elakkan pengambilan makanan yang mempunyai banyak minyak, bergoreng, terlalu pedas, makanan segera. Elakan meminum minuman yang bergas atau pun masam seperti limau. 2. Kuantiti makanan - Ketika berbuka, ambil lah dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makan terlalu banyak dan jarakkan pengambilan pemakanan. Contohnya anda boleh berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat Maghrib dahulu. Kemudian barulah makan nasi bersama lauk pauk dalam kuantiti sederhana.

Selesai solat terawih pula, banyakkan makan buah-buahan yang tidak berasid, biskut oat atau roti.

3. Lewatkan bersahur- Seeloknya lewatkan sahur, iaitu ketika hampir waktu imsak. Cuba elakkan makan sahur terlalu awal, contohnya jam 2 atau 3 pagi dan tidur semula sehingga pagi. Hal ini dapat mengurangkan simptom gastrik dan ulser peptik.

4. Jangan merokok - Bulan puasa adalah bulan yang paling ideal untuk anda berhenti merokok. Merokok bukan saja membahayakan kesihatan, tetapi ia juga boleh menjadi penyumbang kepada gastrik. Sayangilah diri dan keluarga anda sebaiknya. 5. Jangan makan tengah malam - Makan selepas solat terawih atau supper juga seeloknya perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur. Jangan lepas makan terus tidur ya. Bahaya untuk badan kita.

6. Banyak minum air kosong - Minum air kosong secukupnya sepanjang malam di bulan berpuasa. Ramai yang ‘terlupa’ minum air kosong sebab macam-macam jenis minuman yang menggiurkan dijual di pasar Ramadhan. Itu normal bila lihat air manis lagi enak berbanding air kosong, tapi air kosong amatlah penting!

7. Jus Mutyara semestinya - Tiada yang lain selain minum Jus Mutyara ketika berbuka dan sebelum sahur. 1 sachet sudah cukup untuk memberikan khasiat yang anda sendiri akan nampak perbezaannya. Bulan puasa kita kena kekal bertenaga dan ceria ok!

Nak tahu tips yang lebih mudah? Anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah luaran dan dalaman setiap individu.


Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.


Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.


Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store


MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


30 views0 comments