9 PETUA HILANGKAN SAKIT TEKAK SECARA SEMULAJADI



Dengan cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ini, ramai yang mengalami sakit tekak dan kebiasaannya sakit tekak akan menyebabkan kita tiada mood untuk berbual dan makan.sehinggakan ada yang mengalami demam dan ketidakselesaan.


Selain merasa tidak selesa pada bahagian tekak, biasanya kita akan mengalami beberapa simptom lain seperti hidung berair, batuk , demam dan hilang selera makan.


Berikut adalah punca-punca berlakunya sakit tekak :

  1. Jangkitan Virus - Virus boleh menyebabkan bengkak di bahagian leher dan juga demam. Biasanya sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan virus boleh sembuh dengan sendiri andai ia tidak terlalu kritikal.

  2. Alahan - Sistem pertahanan badan akan bertindak balas kepada pencetus alahan seperti debunga dan haiwan. Sistem badan akan mengeluarkan antibodi yang menyebabkan bersin , sakit tekak dan mata berair. Lebihan lendir di hidung akan terkumpul di belakang tekak dan menyebabkan tekak tidak selesa.

  3. Asap & Bahan Kimia - Asap dari rokok dan tembakau akan menyebabkan kerengsaan pada tekak sekaligus mencemarkan alam sekitar.

  4. Udara yang kering - Udara kering dan hangat akan menyebabkan mulut dan tekak hilang kelembapan sekaligus menyebabkan tekak terasa gatal. Ini semakin memburukkan keadaan apabila cuaca terlalu panas dan kita tidak mengambil air secara mencukupi.

Jom kita lihat antara tips menghilangkan sakit tekak secara semulajadi :

  1. Menggunakan Lemon - Lemon merupakan bahan citrus yang dapat membantu dalam merawat sakit tekak. Selain membantu dalam proses menurunkan berat badan, lemon terkenal sebagai sumber utama antivirus, antibakteria dan antiradang juga dapat membantu dalam proses rawatan sakit tekak.

  2. Madu - Madu merupakan bahan semulajadi yang mempunyai sifat antibakteria, antivirus dan antikulat. Madu berupaya untuk membantu proses penyembuhan sakit tekak akibat keradangan.

  3. Air Garam - Kumur dengan air garam dapat meningkatkan tahap kesihatan oral termasuk kesihatan tekak. Garam dapat mengurangkan bengkak dan kepedihan yang dialami.

  4. Kunyit - Kunyit boleh digunakan dalam rawatan tonsil bengkak. Seperti yang kita ketahui kunyit memang digunakan secara meluas dalam aspek kesihatan disebabkan oleh kandungan antibakteria dan antivirusnya.

  5. Pudina - Pudina merupakan tumbuhan yang kaya dengan kandungan menthol dan antibakteria. Menthol akan memberi kelegaan atau ‘freshness’ pada tekak.

  6. Cengkih - Cengkih merupakan rempah yang digunakan dalam masakan seharian dan ia juga berupaya untuk merawat sakit tekak.

  7. Teh Panas - Sekiranya anda mengalami sakit tekak, cuba ubati sakit tekak dengan air teh panas. Seperti yang kita maklum , teh mempunyai antioksida yang dapat melawan keradangan.

  8. Air Putih - Biasakan mengambil air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Minum air putih dapat mengurangkan gatal-gatal dan rengsa pada tekak. Minum air putih seawal bangun tidur untuk mengurangkan rasa kering pada mulut dan tekak.

  9. Aiskrim Vanilla - Aiskrim vanila yang sejuk akan membuatkan tekak berasa kebas dan nyaman. Pilih aiskrim vanilla di dalam bekas berbanding aiskrim vanilla ‘stick’. Sekiranya anda sudah mengamalkan semua petua diatas tetapi sakit tekak masih juga tidak baik, terus berjumpa dengan doktor ye. Jangan biarkan sahaja tanpa penyelesaian.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.


Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


111 views0 comments