9 MITOS TENTANG KANSER SERVIK YANG SELALU DI DENGARI


Seperti yang diketahui Kanser Serviks adalah antara kanser popular yang selalunya dikaitkan dengan kaum wanita selain kanser payudara. Tahukah anda sebenarnya ada beberapa salah faham antara perkara sebenar dan mitos tentang kanser serviks ini. Yang selalu kita dengar dan mungkin ada yang percaya dan mungkin yang tidak percaya. Jom kita lihat apakah mitos yang sering dikeluarkan oleh masyarakat kita yang sering didengari : Mitos dan Fakta 1. Mitos, Kanser Servik hanya menyerang wanita berusia - Faktanya, Umum mengetahui bahawa kanser serviks boleh menyerang mana-mana wanita yang berumur di antara 15 sehingga 44 tahun.


2. Mitos, Anda perlu menjalani ujian Pap Smear setiap tahun - Sekiranya keputusan ujian Pap dan ujian HPV anda kedua-duanya normal, maka anda tidak perlu menjalani ujian Pap setiap tahun.


3. Mitos, Punca Kanser Servik tidak diketahui - Majoriti kes kanser serviks adalah disebabkan oleh virus HPV yang merupakan sejenis penyakit jangkitan kelamin.


4. Mitos, HPV bukanlah penyakit biasa, dan hanya menjangkiti individu yang mempunyai banyak pasangan, jadi saya tidak perlu bimbang tentang vaksin HPV atau menjalani ujian Pap - Jangkitan virus HPV sebenarnya sangat meluas, dan ia menjangkiti kira-kira 80% lelaki dan wanita.


5. Sekiranya anda menghidap HPV, anda juga akan menghidap kanser serviks - Terdapat lebih daripada 100 jenis virus HPV, ada jenis yang membawa risiko tinggi untuk mendapat kanser serviks, dan ada yang tidak. Secara amnya, sistem ketahanan badan kita mampu membasmi virus itu sendiri dalam masa 2 tahun.


6. Saya tak perlu menjalani ujian saringan kerana saya tidak mengalami sebarang simptom - Apabila terdapat simptom, maka ujian diagnostik dilakukan untuk mengetahui punca gejala tersebut. Sel serviks yang tidak normal tidak akan menunjukkan simptom pada peringkat awal, akan tetapi sel tersebut boleh dikesan semasa ujian saringan.


7. Kanser serviks adalah penyakit keturunan - Kanser serviks bukanlah penyakit yang berjangkit secara keturunan, sama juga seperti kanser payudara dan kanser ovari. Ia sebenarnya disebabkan oleh jangkitan virus HPV. Untuk menyelamatkan anak anda dari jangkitan, pastikan mereka mendapat vaksin HPV.


8. Kanser serviks boleh membawa maut - Kanser serviks dapat diubati sepenuhnya sekiranya dikesan dan dirawat pada peringkat awal dengan pemeriksaan kesihatan secara berkala.


9. Kanser serviks adalah sejenis penyakit berjangkit - Jangkitan virus HPV sangat mudah merebak melalui hubungan seks. Namun begitu, sel-sel barah itu sendiri tidak dapat disebarkan kepada orang lain.


Info di atas menerangkan perbezaan mitos dan juga fakta yang perlu anda semua tahu supaya tidak dipengaruhi dengan mitos-mitos yang akan mengganggu pemahaman kita sebagai wanita berkaitan kanser servik ini.Semoga salah faham mitos tentang kanser serviks sudah terjawab.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


152 views0 comments