9 CARA ATASI DAN MENGURUSKAN TEKANAN


Setiap kali anda berasa marah atau rasa tertekan, kesihatan diri anda akan terjejas. Ini kerana stress berkat rapat dengan tekanan darah tinggi, salah satu daripada 3 penyumbang utama kepada sakit jantung. Berikut merupakan beberapa panduan untuk menguruskan stress anda :


1. AMALKAN PENGURUSAN MASA ANDA

Luangkan masa yang secukupnya untuk menguruskan setiap tugasan. Sikap realistik membantu anda menilai masa yang diperlukan dan elakkan diri daripada melakukan sesuatu dalam masa yang singkat dan kelam kabut.


2. HADKAN KOMITMEN ANDA

Kena pandai menentukan keutamaan dan “Tunda” tugasan berdasarkan kepentingan setiap pilihan. Ini mampu meringankan bebanan dan memberikan anda lebih masa peribadi untuk merehatkan diri.


3. KENALI SITUASI ANDA

Kenali perkara dan situasi dalam atau luar kawalan anda. Terima realiti yang tidak mampu dikawal dan fokus kepada perubahan yang boleh anda lakukan.


4. SELESAIKAN SEGERA

Kenali masalah yang boleh anda atasi dan ambil langkah penyelesaian yang sewajarnya. Mintalah bantuan pakar sekiranya anda amat memerlukannya.


5. AMBIL MASA UNTUK BEREHAT

Tarik nafas dan rehatlah selama 15 hingga 20 minit dalam suasana yang tenang.


6. MENJALIN HUBUNGAN YANG POSITIF

Rapatkan hubungan yang menyokong dan membina peribadi positif anda.


7. KEKAL AKTIF

Lakukan senaman ringan di dalam rumah disaat PKP ini, senaman yang anda suka. Senaman membantu melegakan stres anda.


8.SENTIASA POSITIF

Fokus kepada perkara-perkara yang positif dalam kehidupan. Ini akan memberikan perasaan yang positif tentang masa depan.

9.AMALKAN DIET YANG SEIMBANG

Dengan mengamalkan diet yang seimbang, ia akan membekalkan nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita untuk membantu mengurus stres dan mengekekalkan tekanan darah yang sihat.


Apa-apa pun diri kita sendiri yang mampu untuk mengubah akan tahap stress diri. Elakkan benda atau perkara yang sentiasa membuatkan anda runsing dan kucar kacir. Perbanyakkan bergaul dan sentiasa berfikiran tenang. Anda pasti boleh!

116 views0 comments