ย 

๐๐”๐๐‚๐€ ๐‰๐„๐‘๐€๐†๐€๐“ ๐๐„๐‘๐‹๐€๐Š๐”


Ada juga sebahagian daripada anda memikirkan masalah untuk mengatasi masalah jeragat ni kan? Adakah jeragat ini berbahaya? Jawapannya tidak berbahaya tetapi ianya boleh mengganggu diri seseorang sehingga membuatkan individu itu berasa tidak yakin dengan diri sendiri.


Oleh itu, penjagaan kulit secara rutin yang konsisten sangatlah penting untuk anda semua mengekalkan kesihatan dan menjauhkan kulit daripada terjadinya sebarang masalah.


Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini lama-kelamaan akan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan kusam dan gelap.



PUNCA-PUNCA JERAGAT BERLAKU :


1. TERDEDAH KEPADA SINARAN MATAHARI

Seperti yang kita semua ketahui sinaran matahari akan mengeluarkan sinaran Ultraviolet (UV) yang boleh membahayakan kulit kita jika terdedah terlalu lama.


2. PERUBAHAN HORMON/ RAWATAN HORMON

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil ini amat jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun seseorang itu tidak mempunyai sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat.


3.PENGGUNAAN KOSMETIK

Penggunaan kosmetik yang berbahaya dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menjadi jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakai.


4. FAKTOR KETURUNAN

Faktor genetik juga dipercayai penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang itu.


Akan tetapi, jeragat masih boleh dirawat dan dicegah sekiranya kita mengikut aturan penjagaan seperti dibawah :


1. Pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum tidur

Kadang kala ada hari kita malas nak cuci muka sebelum tidur tapi kita tak sedar sebenarnya terdapat banyak bakteria dan juga minyak di muka kita yang boleh menyebabkan jerawat dan juga jeragat. Jadi, jangan sesekali tidur dengan muka yang tak bersih.


2. Produk kecantikan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya

Point yang ni sangatlah penting. Elakkan sama sekali produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia & bahan pengawet merbahaya. Kalau diperhatikan, pasaran Malaysia kini dibanjiri dengan produk kecantikan baru yang belum tentu selamat untuk kulit muka.


3. Sunscreen

Jika kita terlalu kerap terdedah kepada sinaran matahari yang terik, jeragat akan semakin subur dimuka. Pastikan pakai pelindung uv/sunscreen setiap kali keluar rumah untuk melindungi kulit muka kita.


4. Rutin penjagaan kulit

Penjagaan kulit yang konsisten dapat membantu untuk menghindari daripada adanya jeragat dimuka. Pemilihan kandungan di setiap produk juga sangat penting. Jadi, wajib kita tahu kandungan bahan dalam sesebuah produk itu sebelum kita pakai dan yang paling penting adalah konsisten!


5. Penggunaan Aloe Vera

Aloe vera juga bagus untuk mengekalkan kelembapan di kulit muka kita. Boleh amalkan setiap hari ataupun 3 kali seminggu. Cara nya adalah biarkan selama 20 ke 30 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Jika mahu pakai sebelum tidur dan basuh pada keesokkan paginya pun boleh.


6.Diet pemakanan sihat

Akhir sekali, cara menghilangkan jeragat di muka anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat. Oleh itu, kita perlu hadkan pengambilan makanan yang berminyak.


Nak tahu tips yang lebih mudah? Anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah luaran dan dalaman setiap individu.


Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.



Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store


MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


118 views0 comments