8 TIPS PENJAGAAN VAGINA SUPAYA TIDAK BERBAU


Ramai wanita masih lagi sangsi tentang cara menjaga Miss V yang betul. Namun ia akan jadi mudah jika dilakukan dengan cara ini. Walaupun Miss V ini sensitif, tapi penjagaannya amat mudah. Tetapi, anda perlu tahu bahagian mana anda boleh cuci, dan bahagian mana yang perlu dielakkan!

ANDA PASTI DENGAN CARA PENJAGAAN MISS V SELAMA INI?

Semua wanita pasti inginkan yang terbaik untuk kesihatan alat sulit masing-masing. Namun, kadangkala, walaupun setelah dijaga dengan baik, vagina masih lagi rasa ‘tidak bersih’ atau berbau.

MENGAPA INI TERJADI DAN BAGAIMANA UNTUK PULIHKAN KEADAAN?

Jangan risau. Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa vagina berbau merupakan perkara yang normal. Namun, aktiviti membasuh vagina juga haruslah betul. Ada bahagian pada vagina yang boleh dibasuh dan ada juga yang perlu dielakkan.

PASTIKAN ANDA BOLEH BEZA VULVA DAN VAGINA

Sebelum bertindak membasuh kawasan intim anda, pertama, anda perlu tahu bezakan antara vulva dan vagina anda.

Vulva ialah kawasan kemaluan wanita yang terletak di luar tetapi berdekatan bukaan vagina. Klitoris dan labia adalah sebahagian daripada kawasan luar vagina anda. Kawasan inilah yang patut anda basuh. Walau bagaimanapun, kawasan vagina iaitu kawasan dalam kemaluan anda sepatutnya tidak boleh disentuh.

Jika wanita mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan makan makanan yang berkhasiat, selalunya individu tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dengan vaginanya.

CARA TERBAIK MENJAGA MISS V ANDA


Cara menjaga Miss V bukan terhad kepada mencucinya sahaja. Namun, ada banyak lagi perkara yang perlu anda titik beratkan. Sebagai contoh, cara pemakaian dan juga material yang anda pakai juga boleh memberikan impak terhadap kesihatan vagina anda.

Di sini kami berikan anda 8 tip untuk menjaga Miss V supaya kekal sihat dan tidak berbau:

1. Guna air suam untuk cuci kemaluan anda. Kemudian, keringkan dengan tuala.

2. Elakkan daripada menyentuh kawasan vagina. Vagina anda boleh bersihkan dirinya sendiri.

3. Jika anda datang bulan, luangkan masa lebih untuk basuh vulva anda.

4. Gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kapas jika anda mudah mengalami gatal-gatal pada kawasan intim.

5. Tukar pakaian dalam secepat mungkin jika anda rasa ia basah atau berpeluh.

6. Elakkan daripada memakai seluar dalam jenis thong kerana ia boleh buatkan kemaluan anda gatal.

7. Jangan sesekali meruang, sembur deodoran, gunakan tisu basah, minyak pati ataupun apa-apa produk yang mempunyai pewangi ke atas vagina anda.

8. Elakkan pakai pakaian yang ketat.

Mudah bukan untuk menjaga vagina anda! Cuma, anda perlu tahu teknik yang betul dan tempat yang anda tidak boleh basuh jika ingin membersihkan vagina anda.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah keputihan yang luar biasa atau sakit di bahagian alat sulit, jangan ingat dengan kerap membasuhnya, masalah itu akan beransur pergi!

Jika anda hadapi masalah di atas, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


368 views0 comments