π€ππ€πŠπ€π‡ 𝐏𝐔𝐍𝐂𝐀 πŒπ€π’π€π‹π€π‡ ππ„ππ†πŠπ€πŠ 𝐒𝐔𝐒𝐔?


Masalah bengkak susu merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang menyusukan bayi, selain daripada isu kekurangan susu, puting melecet dan sebagainya. Masalah ini akan berlaku apabila susu ibu yang dihasilkan adalah secara berlebihan tetapi bayi hanya menyusu sedikit sahaja. Namun, setiap masalah yang dihadapi sudah tentu ada jalan penyelesaiannya.


Antara keadaan yang menyebabkan mengalami bengkak susu ini adalah :


1. Tidak sempat menyusukan bayi


2. Tidak mengepam susu mengikut masa


3. Kerap memberikan susu formula sehingga bayi tidak suka susu badan


4. Bayi mulai makan pada awal usia


5. Bayi mempunyai masalah untuk menghisap susu


Tanda - tanda berlakunya bengkak susu adalah anda akan merasakan sakit apabila dipegang, merasa penuh & rasa bengkak pada bahagian payu dara.


Akan tetapi jika ia bengkak terlalu besar, kemerah-merahan dan mengalami suhu demam yang tinggi, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk dapatkan rawatan sama ada bengkak tersebut disebabkan jangkitan kuman ataupun tidak.


Akan tetapi, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan perkara ini daripada berlaku. Ia adalah:


1. Sebaiknya lakukan penyusuan bayi secara rutin selama dua atau tiga jam sekali. Sekiranya bayi sedang tidur tetapi susu tetap mengalir keluar, anda disyorkan untuk mengepam susu tersebut

2. Tuam atau basuh payudara dengan air suam (bukan air panas) bagi membolehkan susu ibu berjalan lancar

3. Mulakan pemakanan bayi secara berperingkat

4. Anda juga boleh membuat urutan perlahan pada bahagian payudara supaya susu ibu lebih lancar dan membantu mengurangkan rasa sakit disebabkan bengkak.



Nak tahu tips yang lebih mudah? Anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana ianya dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita. Anda tidak perlu lagi risau dengan adanya Jus Mutyara.


Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store


MUTYARA,

Sihat itu Nikmat

118 views0 comments
702e47cf-023b-4a6c-be13-4f31d4e5eb1d.JPG
  • Facebook
  • YouTube
  • Instagram

Mutyara Beauty

Tya Arifin

@mutyarabeauty

Whatsapp Logo.png

​

Wisma Mutyara

 

25, Jalan PPU 2A, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Phone : 018-278 9277

Email : sales@mutyara.com

Informations

2020 A Klasse Essentials Shd Bhd , All Rights Reserved