7 PETUA HILANGKAN KENCING TAK LAWAS



Pernah tak anda buang air kecil tapi rasa tak puas? Rasa macam air kencing banyak keluar, tak habis-habis, tapi pundi kencing tetap rasa tak kosong. Tak perlu segan untuk mengaku. Masalah ini boleh dialami oleh lelaki & wanita, tetapi lebih kerap terjadi kepada wanita.


Kencing tak lawas yang tidak dirawat boleh menjadi serius. Daripada keadaan kencing tak puas, ia akan bertukar kepada rasa sakit & pedih tiap kali membuang air kecil.


Nak tak kalau kita kongsikan 7 petua hilangkan kencing tak lawas yang murah, mudah dan berkesan? Antaranya adalah : 1. Jus Nenas Muda - Biasanya , orang dulu-dulu akan cari nenas muda bila mengalami masalah kencing tak lawas. Caranya mudah saja. Ambil sebiji nenas muda, buang kulitnya, cuci sehingga bersih. Kemudian ditumbuk sehingga lumat & dijadikan sebagai jus untuk diminum setiap hari.


2. Sup Lobak Putih - Lobak putih sememangnya dikenali sebagai makanan yang membantu menghilangkan masalah kencing tak lawas. Cara membuat sup lobak putih sangat mudah. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga garing. Masukkan lobak putih yang dipotong kecil, ikan bilis & air.

Garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Kalau nak lagi sedap, taburkan serbuk lada hitam ke dalam sup selepas api ditutup. Sedap dimakan panas-panas dengan nasi. Bukan sahaja sedap, ia juga berkesan untuk masalah kencing tak lawas yang anda alami.

3. Air Bali suam - Air barli bukan sahaja sedap & nyaman, ia juga membantu mereka yang mengalami masalah kencing tak lawas. Cuci bersih, rebus sehingga lembut. Minum setiap hari sehingga masalah kencing tak lawas tiada lagi. Anda tak perlu merebus barli setiap hari. Buat air rebusan dalam kuantiti yang banyak, dan simpan dalam peti sejuk.

4. Air basuhan beras terakhir - Selain air barli suam, air basuhan beras yang terakhir juga sebenarnya boleh digunakan untuk mengatasi masalah kencing tak lawas. Ramai yang tak tahu, kan? Biasanya air basuhan beras yang terakhir orang simpan untuk cuci muka. Tapi sebenarnya, ia juga membantu hilangkan masalah kencing tak lawas.

5. Yogurt - Kandungan probiotik dalam yogurt dapat membunuh bakteria jahat yang menjadi punca jangkitan dalam pundi kencing yang menjadi punca masalah kencing tak lawas. Terdapat bermacam pilihan yogurt di pasaran. Yang mana satu nak dimakan? Seeloknya pilih Greek Yogurt atau yogurt asli. Kalau Greek Yogurt atau yogurt asli tak sesuai dengan selera anda, boleh pilih low fat atau less sugar yogurt.

6. Minum air kosong - Kenapa kena minum banyak air kosong? Ia membantu flush pundi kencing anda. Secara logiknya, lagi banyak anda minum air kosong, lagi cepat pundi kencing anda penuh, maka lebih kerap anda membuang air kecil. Proses membuang air kecil yang kerap membantu membuang bakteria jahat yang menyebabkan jangkitan di pundi kencing anda.

7. Vitamin C - Vitamin C yang saya maksudkan ialah vitamin C dari makanan sebenar atau real food. Di antara makanan yang tinggi dengan vitamin C ialah betik, jambu batu, oren, strawberry, lada benggala, brokoli, kobis, tomato, dan banyak lagi buah-buahan & sayur-sayuran yang lain. Pengambilan vitamin C dari sumber semulajadi bukan sahaja sedap, malah ia juga membantu menyihatkan badan. Sebagai bonus, masalah kencing tak lawas juga akan hilang.

Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


349 views0 comments