6 WARNA DARAH HAID YANG MEMPUNYAI MAKSUD

Updated: Sep 6, 2021



Darah haid boleh berubah warna dan tekstur pada setiap bulan, bahkan pada 1 kitaran haid. Warna darah haid boleh memberikan petunjuk tahap keadaan dan masalah kesihatan yang mungkin dialami wanita.


Semasa period, badan akan menyingkirkan tisu dan darah daripada rahim melalui faraj. Pelepasan berdarah ini boleh menjadi berbeza daripada warna merah terang hinggalah ke coklat gelap atau hitam.


Perubahan hormon, diet pemakanan, gaya hidup, usia dan persekitaran seseorang boleh mempengaruhi variasi warna darah ketika period.


1. Merah terang - Jika darah haid anda berwarna merah terang dan kelihatan seperti jus buah ceri, ini bermakna anda mempunyai tahap kesihatan dan kitaran haid yang normal. Memang setiap wanita mungkin akan mempunyai pengalaman haid yang berbeza tetapi jika anda mempunyai darah haid sebegini secara konsisten, ini bermakna anda mengalami tahap hormon yang normal.


2. Merah gelap - Warna merah gelap adalah salah satu warna darah haid yang akan dialami oleh wanita. Jika ketulan darah agak besar dari kebiasaan, ini bermakna anda mengalami ketidakseimbangan hormon yang tinggi. Jadi, disarankan untuk anda mengurangkan kadar pengambilan produk tenusu, kacang dan makanan manis untuk tengok perbezaannya.


3. Campuran merah & kelabu - Jaga-jaga, jika anda mempunyai darah haid yang berwarna merah bercampur kelabu, anda perlu mendapatkan rawatan doktor dengan cepat. Ini kerana, kemungkinan besar anda telah terjebak dengan apa yang dipanggil STD iaitu ‘sexually transmitted infection’. Cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.


4. Coklat gelap - Kurang membuang air kecil adalah salah satu penyebab kenapa darah haid berwarna coklat gelap. Ini kerana, darah yang berlebihan akan lebih lama tersimpan dan tidak melalui proses pembuangan air kecil. Jangan risau, ketahuilah bahawa ini adalah proses biasa pada awal haid dan hujung kitaran haid.


5. Warna cair - Bermaksud bahawa anda kekurangan nutrisi. Bermakna anda telah tergolong dalam kalangan orang yang boleh mendapat penyakit anemia. Tambah pula jika semakin hari semakin cair darah haid tersebut. Oleh itu, kalau keadaan berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.


6. Merah jambu - Jika warna darah ke arah merah jambu atau ‘pinkish’, ini bermakna anda mengalami tahap estrogen yang rendah. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mempunyai tahap estrogen yang rendah , ini bermakna anda terlebih bersenam. Jadi, selepas ini kalau agak-agak nak dekat dengan ‘period’ tu, kurangkan aktiviti bersenam ya!


Secara umum, wanita akan mengalami haid dimulai dengan warna merah terang dan diakhiri dengan merah gelap atau cokelat. Alirannya juga akan sangat laju di awal dan mulai perlahan ketika memasuki hari-hari terakhir.


Selain warna darah yang berbeza dari kebiasanya, masalah kesihatan juga kerap dirasai dengan munculnya gejala lain di tubuh. Untuk itu, jangan malas untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor saat muncul banyak gejala yang tidak pernah dihadapi sebelum ini.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


289 views0 comments