6 TIPS MAKANAN IBU BERPANTANG

Updated: Sep 29, 2021



Kali ini kita akan mengupas mengenai cadangan diet makanan dan pilihan makanan yang sesuai untuk ibu mengandung. Pemilihan diet makanan adalah amat penting bagi memastikan tubuh badan si ibu kekal sihat. Apatah lagi sekiranya si ibu ingin memberikan susu badan kepada si anak.


Kajian mendapati bahawa nutrisi makanan yang diambil oleh ibu ketika mengandung dan berpantang ini adalah sangat penting kerana bakal menentukan risiko kesihatan si anak untuk membesar. Terdapat kes yang dilaporkan bahawa diet tidak sihat si ibu boleh menyebabkan si anak mendapat risiko penyakit kronik dan masalah obesiti.


Berikut ialah antara cadangan makanan ibu berpantang yang boleh diamalkan:


  1. Nasi dan sumber karbohidrat lain - Antara pilihan lebih sihat yang boleh dibuat ialah diet beras perang yang mempunyai kurang indeks glisemik atau kurang gula dan kanji berbanding nasi putih.

  2. Makanan tinggi protein - Pelbagai pilihan protein di pasaran boleh dibuat untuk ibu berpantang bagi mengelakkan jemu makan makanan yang sama. Makanan tinggi protein ini juga amat penting bagi memulihkan tubuh si ibu yang baru sahaja selesai melahirkan anak dan memerlukan penggantian sel dan tisu baharu. Antaranya telur, isi ayam, ikan, kekacang, tempe.

  3. Minum air seharian dengan jumlah yang cukup - Kadar 8 gelas sehari air adalah memadai untuk ibu berpantang mendapat bekalan air yang mencukupi. Sistem tubuh badan amat memerlukan air yang mencukupi untuk beroperasi dengan baik dan kembali kepada rutin sebelum melahirkan anak.

  4. Buah-buahan dan sayuran hijau - Peningkatan kesihatan sebanyak 80% bagi ibu berpantang yang mengamalkan diet buah segar dan sayuran hijau. Didapati, keradangan dan tekanan oksidatif di peringkat sel adalah berkurangan dengan kehadiran antioksidan yang tinggi dalam buah dan sayuran.

  5. Kekal aktif ketika berpantang - Selepas bersalin, para ibu tidak seharusnya bermalas-malasan ketika berpantang. Ibu berpantang perlu bergerak mengikut daya kemampuan masing-masing. Petua orang dahulu meminta ibu berpantang tidur atau berbaring sahaja semasa berpantang mungkin sudah tidak relevan pada masa ini kerana zaman kita berbeza. Teknologi masa kini banyak memudahkan kehidupan seharian kita.

  6. Amalkan Jus Mutyara - Pengambilan Jus Mutyara selepas bersalin dan ketika berpantang amatlah disarankan bagi membantu memberikan tenaga kepada ibu yang baru lepas bersalin serta dapat merawat masalah dalaman yang lain. Biar pun para ibu dikecam kerana tidak mengikut cara berpantang orang dahulu, ibu-ibu harus kental menghadapi semua kecaman tersebut. Ibu-ibu harus kuat dan menjadi individu yang berani mempertahankan pendirian kerana kita mempunyai alasan yang kukuh dengan berpantang mengikut cara moden sebegini.

Betulkan yang salah dan biasakan yang betul.Semoga tips-tips ini bermanfaat dan ibu-ibu dapat melalui tempoh berpantang selepas bersalin dengan jayanya.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.


Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.


Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat





114 views0 comments