6 PETUA HILANGKAN EYEBAG SECARA SEMULAJADI



Anda ada masalah eyebag atau mata sembab? Artikel ini sangat sesuai untuk panduan anda untuk mengatasi masalah ini. Jom baca petua hilangkan masalah eyebag secara semula jadi. Jika terus dibiarkan, ia akan mencacatkan penampilan seseorang.


Masalah eyebag seringkali berlaku kepada sesiapa saja tanpa kira umur dan jantina. Namun, ia lebih cenderung berlaku apabila usia semakin meningkat. Ini disebabkan struktur tisu dan otot yang menyokong kelopak mata semakin kurang kestabilannya.

Kulit di sekitar mata menjadi kendur dan lemak juga akan turun ke bahagian bawah mata. Yang lebih memburukkan keadaan ialah apabila cecair berkumpul di bawah mata. Masalah ini perlu diatasi dengan lebih awal lagi. Ini kerana rawatan dan produk untuk menghilangkan eyebag dan dark circle menelan belanja yang tinggi. Jadi, apa kata anda mencuba petua untuk mengatasi masalah eyebag secara semula jadi.


Di bawah adalah cara semulajadi yang boleh dipraktiskan setiap hari dalam rutin harian kita :


  1. Dapatkan tidur secukupnya - Selepas bangun, anda mesti rasa mata terlalu berat dan letih. Ini kerana waktu tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan kesihatan mata. Oleh itu, pastikan anda tidur awal. Dapatkan tidur yang lena sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari.

  2. Letakkan Ais - Jika mata terasa letih, cuba petua ini. Ambil 1 kiub ais yang kecil dan balut dengan sehelai tuala bersih. Tekap pada sekitar mata. Ulang beberapa kali. Buat dengan kerap. Anda juga boleh mencelupkan kapas muka ke dalam air sejuk. Letakkan di bawah mata untuk seketika. Hasilnya, mata anda pasti terasa segar.

  3. Masker Timun - Caranya ialah ambil hirisan timun yang nipis. Letakkan di atas kedua-dua belah mata. Jika anda hendakkan kesan yang optimum, boleh menggunakan jusnya pula. Setelah dikisar dengan sedikit air, celupkan kapas muka ke dalamnya. Kemudian, letakkan di atas mata dan biarkan kering.

  4. Masker yogurt - Caranya ialah ambil sesudu yogurt dan sapukan di keseluruhan wajah, termasuk juga kawasan mata. Biarkan sehingga kering. Yogurt berkesan untuk melembapkan kulit. Oleh itu, ia dapat mengurangkan garisan halus dan kelembaban di bawah mata.

  5. Tanggalkan solekan mata - Ini kerana berbanding bahagian lain, wanita suka fokuskan kawasan mata ketika bersolek. Tidak cukup dengan bedak asas, bedak tabur, concealer, eye shadow malahan disapukan juga maskara. Jika bahan-bahan di dalamnya sukar ditanggalkan, anda perlu menggunakan teknik double cleansing.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


359 views0 comments