6 MAKANAN DAPAT MENGURANGKAN KOLESTROL


Kolesterol tinggi sering dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular, terutama penyakit jantung dan stroke. Mengekalkan cara pemakanan sihat yang dimakan dan bersenam secara teratur dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan juga dapat mencegah kenaikan kadar kolesterol. Jadi, jom kita lihat apakah makanan dan minuman yang dapat membantu menurunkan kolesterol.


1. Avocado

  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak adalah cara yang terbaik untuk menurunkan kolesterol dan dapat menjaga kesihatan jantung.

  • Avocado sangat baik kerana padat dengan nutrien dan kaya dengan serat dan lemak baik. Lemak baik dan serat adalah dua nutrien yang dapat membantu menurunkan LDL buruk dan meningkatkan LDL yang baik. Kajian klinikal menunjukkan avocado dapat menurunkan kadar kolesterol.

2. Kacang dan bijian

  • Kacang dan bijian juga adalah termasuk dalam makanan yang mempunyai lemak yang baik dan rendah lemak tepu serta dapat menjaga tahap kolesterol dalam keadaan yang terkawal. Kacang mengandungi serat yang dapat membantu menyekat sebahagian kolesterol agar tidak diserap ke dalam aliran darah dari usus. Bukan hanya itu, ia juga mengandungi protein, vitamin E, magnesium, kalium dan nutrien yang terbukti dapat membantu mengekalkan tubuh yang lebih sihat.


3. Buahan & Sayuran

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran juga mengandungi sangat sedikit atau tanpa lemak dan sangat rendah kalori sehingga ianya juga dapat membantu untuk mengekalkan berat badan. Makanan ini sangat tinggi serat yang membantu untuk mengurangkan kadar kolesterol.


4. Oat & Barli

  • Oat dan barli adalah antara bijian yang sangat kaya dengan serat yang disebut beta glukan-3g yang dapat membantu untuk mengurangkan kadar kolesterol. Semasa pengambilan beta glukan, ia akan membentuk gel yang mengikat asid hempedu yang kaya dengan kolesterol dalam usus yang dapat membantu membatasi jumlah kolesterol yang diserap dari usus ke dalam darah.


5. Coklat gelap / Dark chocolate

  • Koko adalah bahan utama coklat gelap. Satu kajian mendapati bahawa coklat gelap atau minuman koko dapat menurunkan kolesterol LDL buruk. Satu kajian telah dilakukan pada orang dewasa yang sihat yang meminum koko sebanyak dua kali sehari selama sebulan dan mereka telah mengalami penurunan kolesterol LDL buruk sebanyak 0.17 mmol atau 6.5 mg. Malahan tekanan darah juga menurun dan kadar kolesterol LDL baik meningkat.

6. Teh Hijau

  • Teh hijau mengandungi banyak sebatian yang boleh meningkatkan kesihatan jantung. Dua sebatian utama dalam teh hijau yang bermanfaat termasuk Catechins yang dapat membantu mengaktifkan nitrik oksida, penting untuk untuk tekanan darah yang sihat. Bahan ini juga dapat menghalang sintesis, penyerapan kolesterol dan dapat membantu mencegah masalah dalam darah.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


161 views0 comments

Recent Posts

See All