5 TIPS WAJIB MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG


Penyakit jantung kebiasaannya dihadapi oleh lelaki lebih kerap berbanding wanita. Hal ini kerana, wanita mempunyai paras estrogen yang tinggi ketika masih subur yang menghalang mereka dijangkiti penyakit jantung. Walau bagaimanapun, penyakit jantung akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun umur.


Punca utama kepada penyakit jantung adalah penyakit diabetes. Ini disebabkan oleh gangguan metabolisme karbohidrat akibat kekurangan hormon pankreas insulin yang sepatutnya menukarkan gula menjadi tenaga. Di Malaysia, terdapat banyak kes kematian berpunca daripada penyakit jantung. Jantung merupakan salah satu organ yang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik.

Bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit jantung, kami menyediakan info penting untuk anda ikuti. 5 tips wajib yang anda boleh lakukan untuk mencegah penyakit jantung:


1. Menjalani saringan

Langkah pertama yang anda boleh lakukan bagi mencegah penyakit jantung ialah anda perlu menjalani saringan kesihatan. Ia bertujuan bagi memastikan anda bebas daripada sebarang penyakit berbahaya dan kronik. Anda perlu berjumpa dan membuat temu janji dengan doktor pakar sekurang-kurang 6 bulan sekali atau mengikut jadual yang ditetapkan oleh pakar perubatan anda.


2. Kawal berat badan anda

Seterusnya, anda perlu mengawal berat badan menjadi lebih ideal dan tidak berlebihan. Hal ini kerana, berat berlebihan atau kegemukan berpotensi kepada anda untuk berdepan dengan pelbagai risiko berbahaya seperti paras lemak tinggi, tekanan darah tinggi, penyakit diabetes dan pelbagai penyakit kronik yang lain.


Untuk pengetahuan anda, paras lemak tinggi atau kalori yang tinggi akan mengakibatkan saluran darah menjadi sempit dan menjurus kepada serangan jantung secara mendadak ke atas anda. Justeru itu, anda amatlah disarankan untuk menjaga dan mementingkan kesihatan anda. Kesejahteraan hidup akan dapat diperolehi dengan mudah jika tubuh badan kita sihat dan dalam keadaan baik untuk melaksanakan tugasan harian.


3. Bersenam

Senaman merupakan satu pergerakan tubuh badan yang dilakukan secara berulang dan terancang serta berstruktur yang bertujuan meningkatkan dan mengekalkan salah satu atau secara keseluruhan kecergasan fizikal seseorang. Senaman kebiasaannya melibatkan penghasilan tenaga yang maksimum dan memberikan pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita terutama kesihatan jantung.


Senaman adalah salah satu aktiviti yang mampu membantu jantung dalam mengepam darah dengan baik dan mengalirkan oksigen ke seluruh tubuh badan dengan lancar. Bersenam secara konsisten dan teratur berupaya menurunkan paras tekanan darah menjadi kembali normal. Saranan dalam melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.


4. Amalkan diet yang seimbang

Makanan seimbang dan sihat ialah pengambilan makanan yang mencukupi bagi menampung keperluan tubuh badan. Hal ini kerana, manusia memerlukan makanan dan vitamin yang baik dan cukup untuk tumbesaran dan demi menjaga kesihatan secara keseluruhan. Pemakanan adalah faktor utama yang menentukan tahap kesihatan individu sama ada baik atau sebaliknya.


Jika anda mahukan berat badan yang ideal serta kesihatan yang baik, anda perlu memastikan makanan yang diambil juga adalah sihat dan seimbang. Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, anda sebaiknya menjauhkan diri daripada makanan yang diperkaya dengan tinggi lemak seperti mentega, keju dan minyak.


5. Berhenti merokok

Amalan merokok bukanlah sesuatu yang baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Dan ianya juga mendatangkan kesan buruk kepada orang sekeliling tanpa disedari. Kandungannya yang sangat berbahaya akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan terutama kesihatan organ dalaman seperti paru-paru dan jantung.


Kandungan nikotin yang tinggi sangatlah berbahaya kepada jantung anda dan ia akan menyebabkan darah sukar dipamkan ke seluruh tubuh. Bahan kimia yang ada juga akan mengakibatkan pelbagai penyakit kronik yang lain jika tidak dibendung daripada awal. Anda harus menghentikan tabiat ini jika anda sayangkan jantung anda dan juga sayangkan orang sekeliling anda.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


113 views0 comments