3 TIPS MAKANAN UNTUK GASTRIK



Gastrik atau juga dikenali sebagai pedih ulu hati merupakan masalah pada sistem pencernaan yang agak biasa ditemui dalam kalangan rakyat Malaysia. Keadaan gastrik ini boleh berlaku apabila lapisan dinding perut tercedera oleh sebab-sebab tertentu. Kesannya, sejenis cecair mukus akan dihasilkan untuk melindungi perut daripada hakisan asid perut. Namun, lapisan perut tersebut masih boleh terbakar atau mengalami keradangan yang disebabkan oleh peningkatan asid secara berlebihan tersebut.

Antara punca gastrik adalah seperti berikut:

  1. Jangkitan kuman melalui makanan atau air yang tercemar oleh bakteria

  2. Kesan sampingan ubat tahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen.

  3. Tabiat merokok dan minum minuman beralkohol.

  4. Penuaan yang menyebabkan lapisan perut menipis.

  5. Penyakit autoimun.

Cadangan makanan yang sesuai untuk yang menghidapi gastrik :

  1. Amalkan pengambilan bawang putih

  2. Buah-buahan dan sayuran segar

  3. Susu dan produk tenusu

Masalah gastrik merupakan ancaman kesihatan yang berbahaya jika tidak dipantau dan dikawal dengan baik. Pembentukan kanser perut yang disebabkan oleh gastrik ini boleh menyebabkan risiko kesihatan yang mengancam nyawa. Jadi, langkah pencegahan awal perlu diambil dengan mengubah gaya hidup dan menjaga diet makanan.

Selain itu, amalan makan makanan yang berkhasiat boleh membantu sistem tubuh yang lebih sihat secara keseluruhan. Kerap bertemu doktor dan jalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan sistem tubuh badan kita sentiasa dalam keadaan yang terbaik.


Nak tahu tips yang lebih banyak dan berguna ini, anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana salah satu khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah dalaman yang dialami oleh wanita dan lelaki.

Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habbatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.

Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.

Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store

MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


147 views0 comments