Β 

π“πˆππ’ 𝐀𝐆𝐀𝐑 𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇 π’πˆπ‡π€π“ 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 π‘π€πŒπ€πƒπ‡π€π


Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh setiap umat yang beragama islam. Memulai bulan puasa bermakna seseorang harus mengubah pola dan waktu pemakanan harian. Setiap hari umat islam harus bangun dan makan lebih awal dari biasa ataupun ianya dipanggil sebagai sahur. Sesetengah orang mula rasa risau kerana akan merasa lapar dan haus pada siang hari. Ada juga yang risau merasa sakit setelah mengubah pola dan waktu pemakanan di saat berpuasa. Dari anda merasa takut, seeloknya semak dan ikuti tips yang bersesuaian agar tubuh badan tetap sihat dan cergas.


1. Menu makanan tidak terlalu berbeza

Sebaiknya menu makanan saat berpuasa jangan terlalu beza dengan menu makanan harian sebelum puasa agar organ pencernaan khususnya tidak perlu terlalu banyak melakukan adaptasi.


2. Mengawal kuantiti makanan

Siapa saja harus ada sifat disiplin dalam mengawal selera dan nafsu makan. Jangan lapar mata saat sahur ataupun saat berbuka puasa. Ianya akan mengakibatkan perut menjadi buncit jika kuantiti yang dimasukan melebihi sepatutnya.


3. Mengambil zat yang lengkap

Setiap kali menikmati juadah makan sahur dan berbuka, makanan yang disajikan harus mengandung zat gizi lengkap,seperti Karbohidrat, Protein , Sayuran Buah yang seimbang.


4. Memilih karbohidrat yang complex

Boleh mengamalkan pemakanan Oat, Nasi basmathi atau roti gandum.


5. Perbanyakkan pengambilan sayur dan buah

Perbanyakkan mengamalkan sayuran dan buah yang kaya serat. Kandungan serat akan dicerna tubuh dalam waktu lama sehingga salah satunya akan memberikan rasa kenyang di perut.


6. Mengurangkan pengambilan Kafien

Kadar ambilan minuman atau makanan yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi pada waktu puasa perlu dikurangkan juga. Ini adalah kerana kafein dapat menstimulasi pengeluaran air dari dalam tubuh melalui air kencing. Akan membuatkan tekak cepat merasa haus dek pengeluaran air yang banyak.


7. Mengurangkan pengambilan makanan berlemak -

Kurangkan atau hindari makanan yang berlemak dan tinggi kandungan gula, seperti fast food saat berpuasa. Jenis makanan tersebut terbukti mudah dicerna sehingga membuat seseorang menjadi mudah lapar. Selain itu, makanan tinggi lemak dan gula juga boleh menjadi penyebab pertambahan berat badan yang tidak diinginkan.


8. Mengamalkan makanan tambahan yang diperlukan

Amalkan makanan tambahan yang mengandungi mineral dan vitamin boleh saja dilakukan untuk membantu proses metabolisme tubuh.


9. Melakukan aktiviti fizikal

Sewaktu berpuasa jangan jadikan alasan malas untuk melakukan senaman. Boleh juga berjalan kaki selama 30 minit setiap hari untuk menjaga proses metabolisme tubuh. Riadah boleh juga dilakukan saat menjelang waktu berbuka puasa.


10. Tidur yang mencukupi

Tidur selama 6-8 jam adalah salah satu tips agar tubuh tetap sihat saat berpuasa. Salah satu sebab juga untuk tidur selama 6-8 jam setiap hari adalah bagi mencegah keletihan selama menjalankan ibadah puasa.


Nak tahu tips yang lebih mudah? Anda boleh mencuba Jus Mutyara kerana khasiatnya adalah ia dapat membantu masalah luaran dan dalaman setiap individu dan akan memberikan anda kekal bertenaga sepanjang hari.


Mutyara dirumus khas dari makanan sunnah seperti delima, kurma, habatussauda dan bahan-bahan tradisional seperti halia, ubi bit, manjakani dan pelbagai lagi yang dapat membantu para wanita mengurangkan masalah dalaman wanita seperti kekurangan tenaga, cepat letih, keputihan, senggugut, period tidak teratur, masalah susu badan yang berkurangan dan sebagainya.


Kini anda tidak perlu lagi bersusah payah lagi untuk menjaga kesihatan kerana adanya Jus Mutyara.


Untuk pembelian Jus Mutyara, boleh tekan link dibawah :

https://www.mutyara.com/online-store


MUTYARA,

Sihat itu Nikmat


75 views0 comments
Β