Miss K

Dec 6, 2021

Meskipun pernah terbang tinggi di awan biru, namun hasrat insan bergelar Mazlin Merezukhi khabarnya musnah apabila kerjaya yang dibina hampir 10 tahun sebagai seorang pramugari Malaysia Airlines terkubur pada January 2014.

Coretan pilu itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi tersohor tanah air, Adeep Nahar ahli Kumpulan V.E selepas beberapa kali Mazlin atau lebih mesra disapa Kak Lin disoal apakah bentuk cabaran yang pernah menimpanya sepanjang hidup beliau.


Perjuangan karier Kak Lin tidak terhenti di situ, Kak Lin yang kini difahamkan nekad terjun ke dunia perniagaan dek dugaan kerjaya yang lalu sehingga memberi kesan kepada tahap kesihatannya.


Bahkan, ketua kepada anak kumpulan #TeamChantekLemari ini dikatakan secara tiba-tiba jatuh hati kepada Jus Mutyara selepas ahli keluarganya acap kali berkongsi akan kebaikan serta khasiat minuman kesihatan tersebut.


“Kak Lin mula berbisnes dengan Mutyara selepas keluarga yang perkenalkan. Alhamdulillah, dari situlah secara tiba-tiba segala rezeki datang tanpa diduga”, katanya.



Menurut Kak Lin, Jus Mutyara merupakan solusi kepada derita sakit pinggangnya. Malah, yakin bahawa keperitan yang ditanggung lebih tujuh tahun itu hilang selepas konsisten mengamalkan minuman kesihatan Jus Mutyara keluaran selebriti Indonesia, Tya Arifin yang kini aktif menerajui perniagaannya di Malaysia bersama suaminya, Asyraf Khalid.


“10 tahun Kak Lin jadi pramugari, kerja memang tak tentu masa. Perlu berdiri lebih 10 jam dalam satu penerbangan. Sakit pinggang hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dah macam-macam ubat telah ditelan, sampailah Allah SWT hadirkan Jus Mutyara. Alhamdulillah, segalanya pulih persis magik”, ujarnya.


Ulas Kak Lin, meskipun pada dasarnya beliau dibesarkan dalam keadaan mewah dan serba lengkap, namun pemegang status Usahawan Mutyara “Black Diamond” ini akui kejayaan yang dikecapi ini tidak datang bergolek.


Seiring berjalannya waktu, Kak Lin juga tidak menafikan bahawa kata sukses yang diperoleh dirinya adalah berkat doa serta sistem sokongan yang kuat daripada insan sekeliling.


“Kak Lin pun memang tak terlepas dari tekanan kerjaya, namun Kak Lin yakin kita semua juga berdepan dengan perjuangan dalaman diri sendiri.


“Bagi Kak Lin, beliau amat bertuah kerana dianugerahkan sistem sokongan yang kuat dari keluarga, teman dan “positive circle” yang dicurahkan keluarga Mutyara”, tambahnya.


Hampir mengecap usia 2 tahun bertapak di bawah empayar A Klasse Essentials Sdn Bhd, Kak Lin dilihat tekun memasang niat untuk menyuntik aspirasi buat wanita di luar sana untuk berani mengambil risiko dalam dunia perniagaan.


“Kak Lin percaya perancangan kewangan adalah most common struggle buat setiap individu bergelar manusia. Namun jangan sesekali menyerah kalah, malah kita perlu bijak merebut segala peluang yang ada di depan mata,” katanya.


Untuk rekod, selepas menganalisa sistem Mutyara Biz Connect (MBC), Kak Lin kini berada di tangga kedua carta Mutyara Millionaire Round Table (MMRT) selepas Leader Zalikha yang telah berjaya digelar Jutawanita pertama Mutyara sebulan yang lalu.


Adakah Mazlin akan dijulang sebagai Jutawan Kedua Mutyara? Segalanya bakal terungkai dalam episode 5 Jutawanita, tepat jam 8:30pm ini, eksklusif di YouTube Channel: The Tya’s Family.