Miss K

Dec 13, 2021

From head to toe, rangkaian produk lokal kini khabarnya telah menjadi platfom eksklusif buat usahawan muda khususnya barisan selebriti tempatan untuk menerajui dan berjinak dengan dunia kecantikan dan kesihatan.

Bahkan, mereka juga difahamkan tidak terlepas mengambil peluang untuk mengasaskan produk di atas label jenama mereka sendiri.


Meskipun golongan ini dilihat bertungkus-lumus menghasilkan produk setaraf keluaran antarabangsa, namun bukan semua daripada ikon popular ini berjaya mencuri hati jutaan peminat mereka di laman sosial.


Hal ini kerana, majoriti dalam kalangan kita bersikap skeptikal dengan produk lokal yang diabeł “timbang kilo” dan mengandungi bahan terlarang, murah serta merbahaya.



Daripada perspektif yang berbeza, andaian itu tidak wajar dituju secara melulu dan disamaratakan. Tamsilnya, produk lokal keluaran pelakon tersohor Indonesia, Tya Arifin nyata memberi impak positif terhadap penggemar minuman kesihatannya iaitu Jus Mutyara apabila testimoni positif dikongsi ramai setelah beberapa tahun berada di pasaran.

Justifikasinya, jelas kelihatan apabila Jus Mutyara disahkan Halal oleh JAKIM sejak tahun pertama keluarannya. Jus Mutyara juga dikilangkan di kilang berstatus Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) selain diselia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Diformulasi khas dengan bahan semula jadi yang selamat dan berkhasiat, Jus Mutyara yang kaya dengan ramuan herba semulajadi turun temurun (asli Indonesia) serta makanan sunnah nyata menepati tekak 32 juta rakyat Malaysia.

Menurut Ummi Kalsom yang juga pengguna tegar Mutyara, setelah hampir 3 bulan mengamalkannya, kini tenaga ibu kepada 3 cahaya mata ini semakin bertambah. Malah akui, kehidupannya juga kian produktif dan tidak lagi lesu apabila giat melakukan kerja.

“Bila amalkan Mutyara saya rasa badan saya ringan dan ada tenaga yang kuat”, katanya.


Fenomena ini dikatakan kian mempengaruhi wanita-wanita Asia apabila keberkesanannya mula tersebar secara drastik.


Jelas Azilah Abdul Aziz, ibunya yang diduga masalah saraf kaki juga difahamkan telah menemui penawar kepada derita berkenaan selepas ikhtiar beberapa bulan mengamalkan jus kesihatan tersebut.




“Mak saya umur 63 tahun, dia ada masalah saraf kaki, kena makan ubat saraf tapi sejak minum Jus Mutyara dia tidak perlu makan ubat lagi.

Alhamdulillah, dah masuk botol yang ketiga, dia punya kebas-kebas tangan semua sudah baik”, ujarnya.

Sebagai penghias bicara akhir, misi Mutyara bukan sekadar untuk mempromosikan produk lokal yang berkualiti, namun ia juga hadir membantu jutaan wanita di segenap empat penjuru dunia agar mampu keluar daripada kepompong kesusahan.



Bahkan, keberkesanannya juga tidak dinafikan lagi apabila golongan selebriti serta ikon wanita seperti Vivy Yusof, Adeline Tsen serta Siti Elizad juga tidak terlepas untuk merasai kenikmatannya.


Persis kata cendiakawan, belum cuba belum tahu.